More

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm dan bateri 43 jam bermula RM5,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super Retina XDR 6.3 inci dan 6.9 inci, namun hadir dengan rekaan Dynamic Island yang lebih kecil bagi memaparkan sehingga tiga Live Activities secara serentak.

    Siri ini dikuasakan oleh cip A20 Pro binaan 2nm yang menggabungkan CPU 6-teras, GPU 7-teras dan Dual 16-core Neural Engine untuk pemprosesan AI. Apple turut menyepadukan sistem penyejuk vapour chamber baharu dengan keluasan permukaan tiga kali ganda lebih besar bagi mengekalkan prestasi peranti sehingga 40 peratus lebih tinggi.

    Untuk sambungan, ia dilengkapi cip wireless N1 dan modem selular C2. Kamera utama 48MP Fusion kini menyokong aperture fizikal boleh laras menggunakan enam bilah pemotong laser. Ia bertukar julat aperture secara automatik mengikut pencahayaan serta kedalaman medan selain membenarkan pelarasan manual f/1.48 hingga f/4 melalui kawalan Pro.

    Modul kamera belakang turut dilengkapi lensa Ultra Wide 48MP dan Telephoto 48MP dengan julat zum optikal sehingga 8x. Apple juga memperkenalkan fungsi Apple Reference Image yang mendaftar data sensor bertandatangan bagi mengesahkan ketulenan gambar dan mengesan sebarang penyuntingan AI.

    Bagi rakaman video, ia menyokong kesan Cinematic sehingga 60 fps dan Time-lapse 4K Dolby Vision HDR. Prestasi bateri bagi iPhone 18 Pro ditarafkan sehingga 34 jam mainan video manakala iPhone 18 Pro Max mencatatkan ketahanan sehingga 43 jam. Pengecasan berwayar menggunakan palam USB PD3.1 dan kabel 60W yang serasi mampu mengisi semula 50 peratus bateri dalam tempoh sekitar 15 minit.

    Terdapat empat pilihan warna ditawarkan iaitu burgundy, glacier, silver dan black. Di Malaysia, iPhone 18 Pro dijual pada harga bermula RM5,499 untuk 256GB, RM6,499 (512GB), RM8,499 (1TB) dan RM11,499 (2TB). iPhone 18 Pro Max pula bermula RM5,999 (256GB), RM6,999 (512GB), RM8,999 (1TB) dan RM11,999 (2TB).

    Tempahan dibuka bermula 12 September dan ketersediaan jualan rasmi bermula 18 September. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured