More

    POCO F7 Ultra dan POCO F7 Pro diumum, harga rasmi di Malaysia bermula RM2,299

    POCO secara rasmi melancarkan siri F7 di Malaysia yang memperkenalkan POCO F7 Ultra dan POCO F7 Pro. Kedua-dua model ini kini boleh didapati di seluruh negara dengan promosi eksklusif sehingga 9 April 2025. POCO F7 Ultra dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite 3nm memberikan peningkatan prestasi CPU hingga 45% dan GPU sebanyak 44%.

    Ia turut dilengkapi cip grafik khas VisionBoost D7 yang menyokong permainan pada 120FPS, resolusi 2K Super dan visual HDR yang lebih imersif. POCO F7 Pro pula menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan teknologi Smart Frame Rate untuk memastikan permainan Genshin Impact berjalan lancar pada 90FPS.

    Sistem penyejukan LiquidCool 4.0 dengan paip haba IceLoop 5400mm² membantu mengurangkan suhu cipset sehingga 3°C untuk prestasi berterusan. Kedua-dua model ini menjalankan Xiaomi HyperOS 2 yang menawarkan peningkatan kecekapan sistem, sambungan silang peranti dan kecerdasan buatan (AI) HyperAI yang menyokong Google Gemini.

    Bateri POCO F7 Ultra berkapasiti 5,300mAh dengan teknologi 120W HyperCharge yang mencapai 100% dalam hanya 34 minit dan sokongan pengecasan tanpa wayar 50W. POCO F7 Pro pula hadir dengan bateri lebih besar 6,000mAh dan pengecasan pantas 90W HyperCharge. Cip POCO Surge P3 dan G1 memastikan pengecasan lebih selamat dan jangka hayat bateri lebih lama.

    aripada segi kamera, POCO F7 Ultra menampilkan sistem tiga lensa termasuk kamera utama 50MP dengan sensor Light Fusion 800, lensa telefoto terapung flagship dan kamera ultra lebar 32MP dengan sudut pandangan 120°. Teknologi UltraZoom 20X dan UltraSnap membolehkan tangkapan sehingga 150 bingkai secara pantas. POCO F7 Pro pula hadir dengan kamera utama 50MP dan kamera ultra lebar 8MP yang disokong AI untuk hasil gambar berkualiti tinggi.

    POCO F7 Ultra menampilkan kaca quad-curved dengan perlindungan POCO Shield Glass manakala F7 Pro menggunakan Corning Gorilla Glass 7i. Kedua-duanya memiliki penarafan IP68 untuk ketahanan terhadap air dan debu serta sensor cap jari ultrasonik pada F7 Ultra.

    POCO F7 Ultra tersedia dalam warna Kuning dan Hitam dengan harga RM2,999 (RM2,699 promosi) untuk varian 12/256GB dan RM3,299 (RM2,899 promosi) untuk varian 16/512GB. Pembelian termasuk pengecas tanpa wayar Xiaomi 50W, penggantian skrin percuma selama enam bulan, waranti dua tahun dan langganan Google One 100GB selama enam bulan.

    POCO F7 Pro pula ditawarkan dalam warna Hitam, Perak dan Biru dengan harga RM2,299 (RM2,039 promosi) untuk varian 12/256GB dan RM2,499 (RM2,139 promosi) untuk varian 12/512GB yang lengkap dengan waranti dua tahun serta penggantian skrin percuma enam bulan.

    "
    "

    Spesifikasi lengkap POCO F7 Pro

    • Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 (4 nm) dengan CPU octa-core dan GPU Adreno 750
    • RAM 12GB dan storan dalaman 256GB​ atau 512GB
    • Skrin OLED 6.67 inci dengan resolusi 1440 x 3200 piksel, kadar segar semula 120Hz dan sokongan Dolby Vision serta HDR10+.
    • Sistem dwi-kamera belakang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS dan kamera ultralebar 8MP
    • Kamera swafoto 20MP​
    • Bateri berkapasiti 6,550mAh menyokong pengecasan pantas 90W​
    • Ciri tambahan: Penarafan IP68 untuk ketahanan air dan debu, pengimbas cap jari ultrasonik bawah skrin dan tiada sokongan untuk kad memori
    • Warna: Hitam, Perak dan Biru
    • Harga: RM2,299 – 12/256GB | RM2,499 – 12/512GB

    Spesifikasi lengkap POCO F7 Ultra

    • Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3 nm)
    • RAM 12GB atau 16GB dengan storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1440 x 3200 piksel dan kadar segar semula 120Hz.
    • Sistem tiga kamera belakang termasuk kamera utama 50MP dengan OIS, kamera telefoto 50MP dengan zum optik 2.5x dan kamera ultralebar 32MP
    • Kamera swafoto 32MP​
    • Bateri berkapasiti 6,000mAh menyokong pengecasan pantas 120W dan pengecasan wayarles 50W​
    • Ciri tambahan: Penarafan IP68, pengimbas cap jari optik bawah skrin dan tiada sokongan untuk kad memori
    • Warna: Hitam dan Kuning
    • Harga: RM2,999 – varian 12/256GB | RM3,299 untuk varian 16/512GB

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu telefon yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...