More

    Siri HONOR 80 dilancar: SD 8+ Gen 1, kamera 160MP dan bateri 4,800mAh bermula ~RM1,726

    Tengahari tadi,  HONOR telah melancarkan telefon pintar siri HONOR 80 bersama HONOR Magic Vs. Siri HONOR 80 terdiri daripada model 80 standard dan 80 Pro baharu.

    80 Pro adalah model yang lebih tinggi dalam siri ini menampilkan beberapa spesifikasi andalan. Ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, Peranti ini dilengkapi bateri besar 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan menggunakan MagicOS 7.0 berdasarkan Android 12 terkini. 

    Di bahagian hadapan, ia menampilkan potongan lubang tebuk menempatkan dwi-kamera 50MP dan 2MP manakala di bahagian belakang memuatkan kamera utama 160MP, lensa ultra lebar 50MP dan lensa kedalaman 2MP. 

    Selain itu, di bahagian belakang mempunyai modul kamera berbentuk “8” dan bahagian hadapan mempunyai paparan AMOLED melengkung 6.78 inci. skrin resolusi 1.5K, frekuensi PWM 1920MHz dan kadar penyegaran semula 120Hz. Peranti ini mempunyai berat sekitar 188 gram dan mempunyai ketebalan hanya 7.8mm.

    Model standard pula menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 782G, paparan OLED melengkung 6.67 inci tinggi yang mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz. Sama seperti model Pro, ia dilengkapi bateri besar 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W di mana pengecasan selama 15 minit boleh meningkat daripada 3% kepada 50%.

    Bahagian hadapan menempatkan potongan lubang tebuk untuk kamera swafoto 32MP manakala di bahagian belakang mempunyai tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 160MP, lensa ultra lebar 8MP dan makro 2MP. Model ini juga menampilkan versi bergaya angka “8” sebagai modul kameranya di bahagian belakang dan menggunakan MagicOS 7.0 berdasarkan Android 12.

    Siri HONOR 80 boleh didapati dalam warna Bright Black, Jade Green, Blue Wave dan Pink Morning Glow. Berikut merupakan tiga konfigurasi dan harga yang berbeza bagi setiap model:

    HONOR 80:

    "
    "
    • 8GB + 256GB : 2,699 yuan (~RM1,726)
    • 12GB + 256GB : 2,999 yuan (~RM1,918)
    • 12GB + 512GB : 3,299 yuan (~RM2,110)

    HONOR 80 Pro:

    • 8GB + 256GB : 3,499 yuan (~RM2,238)
    • 12GB + 256GB : 3,799 yuan (~RM2,430)
    • 12GB + 512GB : 4,099 yuan (~RM2,622)

    Namun, kami masih ketahui tentang kehadirannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...