More

    Siri HUAWEI nova 11 akan dilancar di Malaysia pada 6 Julai 2023

    Setelah dilancarkan di China, HUAWEI akan membawa siri HUAWEI nova 11 ke pasaran Malaysia pada 6 Julai 2023. Mengikut pelancaran di China, siri ini terdiri daripada tiga varian iaitu HUAWEI nova 11, HUAWEI nova 11 Pro dan HUAWEI nova 11 Ultra.

    Ketiga-tiga telefon dilengkapi cipset kelas pertengahan Qualcomm Snapdragon 778G, namun ia tidak menyokong rangkaian 5G. Rekaan belakang untuk varian Pro dan Ultra terdapat dalam lima pilihan, iaitu warna hijau dan hitam untuk permukaan kulit (vegan leather), serta putih dan emas untuk permukaan kaca.

    Untuk varian Pro dan Ultra, ia dilengkapi skrin AMOLED 10-bit berukuran 6.78 inci dengan resolusi 2652×1200, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 300Hz dan perlindungan kaca Kunlun Glass yang melengkung di bahagian sisi. Di bahagian atas kiri, terdapat dua kamera swafoto 60MP+8MP yang diletakkan dalam lubang berbentuk pil.

    Untuk varian nova 11 standard pula, ia mempunyai skrin AMOLED 10-bit berukuran 6.7 dengan kadar segar semula 120Hz dan kaca yang rata sepenuhnya. Ia menempatkan satu sahaja kamera swafoto dalam sebuah lubang tebuk kecil di bahagian tengah atas.

    Bukan itu sahaja, HUAWEI Malaysia akan melancarkan beberapa produk pintar untuk kegunaan di tempat kerja anda. Nantikan pada 6 Julai ini untuk tahu produk dan spesifikasi yang ditawarkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...