More

    Siri HUAWEI nova 12 dilancar: Kamera 50MP dan sambungan satelit bermula ~RM2,598

    HUAWEI telah melancarkan rangkaian terbaru telefon pintar nova di China iaitu nova 12, nova 12 Lite, nova 12 Pro, dan nova 12 Ultra. nova 12 Ultra dan nova 12 Pro menampilkan paparan melengkung serta pulau dwi-kamera berbentuk pil di bahagian belakang dengan sudut yang bulat dan tepi yang melengkung.

    Kedua-dua peranti masing-masing membawa berat 198g dan 201g dengan lebar yang sama pada 7.68mm. Ia dilengkapi dengan paparan OLED 6.76 inci, kadar segar semula 120Hz dan resolusi Full HD+. Untuk ketahanan, model Ultra mendapat perlindungan kaca Kunlus yang dijanjikan sebagai “tahan pecah.” Sistem kamera pada kedua-dua telefon hampir serupa, menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro.

    HAUWEI nova 12 Ultra

    Perbezaan antara nova 12 Ultra dan 12 Pro adalah cipsetnya di mana yang pertama mempunyai cipset Kirin 9000SL dan yang kedua memuatkan cipset Kirin 8000. Kedua-dua cipset menyokong rangkaian 5G dan dilengkapi dengan RAM 12GB tetapi konfigurasi storan model Pro menawarkan storan sehingga 512GB manakala model Ultra mencapai storan 1TB.

    Berjalan pada HarmonyOS 4.0, peranti-peranti ini menampilkan bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W dan sambungan satelit. Ciri-ciri lain termasuk pengimbas cap jari di dalam paparan, sokongan dual SIM, navigasi isyarat, pengecam muka dan Bluetooth 5.2.

    nova 12 Ultra boleh didapati dalam warna putih, hitam, merah jambu dan biru bermula dari 4,699 Yuan (~RM3,052) untuk model 512GB manakala varian 1TB berharga 5,499 Yuan (~RM3,572). Untuk Pro, ia mempunyai warna hitam, biru dan kelabu dijual pada harga 3,999 Yuan (~RM2,598) untuk varian 256GB sementara pilihan 512GB berharga 4,399 Yuan (~RM2,857).

    Buat sementara ini, tiada sebarang butiran mengenai pelancarannya di Malaysia tetapi kami menjangka ia akan tiba ke pasaran tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured