Site icon TechNave BM

Siri iQOO Neo 9 mungkin dilancar pada Disember 2023

iQOO telahpun memperkenalkan telefon andalan siri iQOO 12 di China, yang menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 3. Laporan menunjukkan bahawa jenama ini mungkin akan melancarkan telefon sub-andalan iQOO Neo 9 dan Neo 9 Pro pada bulan Disember 2023.

Butiran yang didapati dari Digital Chat Station di Weibo menunjukkan bahawa kedua-dua model Neo 9 akan mempunyai paparan resolusi 1.5K dan paparan OLED rata 6.78 inci yang hadir dengan lubang tebuk di bahagian atas.

Siri Neo 9 dijangkakan mempunyai kamera utama Sony IMX9820 50MP dengan sokongan OIS, manakala kamera tambahannya tidak disebutkan. Seperti siri iQOO 12, model Neo 9 dijangka menggunakan OriginOS 4 berdasarkan Android 14 dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

Siri Neo 9 menggantikan Neo 8 yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan Neo 8 Pro yang membawa cipset Dimensity 9200+. Butiran mededahkan Neo 9 akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2, manakala Neo 9 Pro akan mempunyai cipset Dimensity 9300. Selain itu, jenama itu mungkin akan melancarkan tablet baru dengan nama iQOO Pad 2 yang dikuasakan oleh Dimensity 9300.

Buat sementara ini, masih tidak jelas sama ada iQOO akan mengumumkan iQOO Pad 2 bersama siri Neo 9 atau melancarkannya pada tahun akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version