More

    Siri realme 16 Pro tampil dengan kamera 200MP kini tersedia untuk ditempah di Malaysia

    realme secara rasmi mengumumkan ketibaan siri realme 16 Pro di Malaysia yang terdiri daripada model realme 16 Pro+ dan realme 16 Pro. Siri terbaharu memfokuskan kepada teknologi fotografi potret, reka bentuk premium dan prestasi kelas pertengahan.

    Kamera 200MP LumaColor diperkenalkan dalam siri ini yang dikatakan sebagai satu-satunya kamera 200MP pada telefon pintar dengan harga bawah RM2,500 di Malaysia. Peranti juga dilengkapi teknologi LumaColor IMAGE yang diperakui TÜV Rheinland serta keupayaan zum telefoto 3.5x.

    Sistem kamera tersebut direka untuk menghasilkan potret dengan ton kulit lebih semula jadi, kesan bokeh sinematik dan prestasi penggambaran lebih baik dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Siri realme 16 Pro turut menampilkan reka bentuk “Urban Wild” hasil kerjasama dengan pereka industri terkenal dunia, Naoto Fukasawa.

    siri realme 16 Pro disasarkan kepada pengguna muda termasuk pencipta kandungan, pelajar dan pengguna media sosial yang mahukan kemampuan fotografi mudah alih yang lebih menonjol. Bagi pasaran Malaysia, tempahan telah dibuka bermula 26 Mac hingga 10 April 2026 dengan deposit serendah RM20.

    Pelanggan yang membuat tempahan awal boleh menikmati pakej hadiah bernilai sehingga RM897 yang merangkumi Smart Band percuma, rebat RM100, waranti lanjutan satu tahun dan perlindungan retak skrin selama setahun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...