More

    Siri realme 9 mungkin akan dilengkapi pengecasan 65W dan bateri 5,000mAh

    realme dijangka akan memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan realme 9 pada awal tahun hadapan dan kini beberapa maklumat tentangnya telah pun tertiris. Terbaru, ia telah mendapat pengiktirafan China Quality Certification (CQC) yang mendedahkan kapasiti bateri dan kadar pengecasannya.

    Berdasarkan pengiktirafan tersebut, realme 9 Pro+ (RMX3393) akan dilengkapi pengecasan pantas 65W, manakala sebuah lagi varian realme 9i (RMX3491) akan dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Selain maklumat tersebut, tiada pengesahan tentang spesifikasi realme 9 setakat ini. realme 9i dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 680G, skrin Full HD+ berukuran 6.5 inci dengan kadar 90Hz, RAM 8GB dan kamera utama 50MP.

    Kongsi pendapat anda tentang maklumat ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured