More

    Siri REDMI Note 15 dilancar di Malaysia dengan “Titan Durability”, harga bermula RM799

    Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran siri REDMI Note 15 yang merangkumi empat model iaitu REDMI Note 15 Pro+ 5G, REDMI Note 15 Pro 5G, REDMI Note 15 5G dan REDMI Note 15 dengan penekanan utama terhadap ketahanan peranti, sistem kamera dipertingkat serta prestasi seimbang untuk penggunaan harian.

    Kesemua model dibina berasaskan konsep REDMI Titan Durability yang merangkumi bateri berkapasiti besar, struktur tahan jatuh dan perlindungan habuk serta air yang lebih menyeluruh. REDMI Note 15 Pro+ 5G hadir dengan bateri 6,500mAh Silicon–Carbon (SiC) yang menyokong 100W HyperCharge dan 22.5W pengecasan berbalik.

    Teknologi SiC ini turut digunakan pada model Pro lain dan direka untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 80 peratus kapasiti selepas 1,600 kitaran pengecasan. Model REDMI Note 15 5G pula menampilkan reka bentuk nipis 7.35mm dengan bateri 5,520mAh manakala REDMI Note 15 dibekalkan bateri 6,000mAh.

    Daripada segi ketahanan fizikal, REDMI Note 15 Pro+ 5G dan Pro 5G memperoleh pensijilan SGS Premium Performance meliputi rintangan jatuh, tekanan dan lenturan. Kedua-duanya dibina menggunakan struktur dalaman diperkuat serta perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 2 dengan keupayaan tahan jatuh sehingga 2.5 meter mengikut piawaian SGS.

    Model lain dalam siri ini turut melepasi ujian rintangan hentakan dan jatuhan SGS. Untuk perlindungan air dan habuk, model Pro menyokong pensijilan IP66, IP68, IP69 dan IP69K serta mampu bertahan dalam rendaman air sehingga 2 meter selama 24 jam. Kesemua model turut menyokong ciri Wet Touch 2.0 bagi memastikan skrin kekal responsif ketika basah.

    Untuk kamera, REDMI Note 15 Pro+ 5G dan Pro 5G dilengkapi kamera utama 200MP menggunakan sensor HPE bersaiz 1/1.4 inci dengan sokongan zum optik peringkat sensor 2× dan 4× serta lima jarak fokus sehingga 92mm. Model REDMI Note 15 5G dan REDMI Note 15 pula hadir dengan kamera utama 108MP yang menyokong zum optik setara 3×.

    Keseluruhan siri ini turut menyokong pelbagai ciri fotografi berasaskan AI termasuk Dynamic Shots 2.0, AI Remove Reflection dan AI Beautify dengan model Pro menerima fungsi tambahan AI Creativity Assistant. Daripada sudut prestasi, REDMI Note 15 Pro+ 5G dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4 dan menjadi model pertama dalam siri ini yang menggunakan sistem penyejukan Xiaomi IceLoop.

    Semua model menyokong Google Gemini dan Circle to Search manakala model Pro+ turut menyokong Xiaomi HyperAI. Bagi ketersambungan, model Pro menyokong Xiaomi Offline Communication yang membolehkan komunikasi suara jarak kilometer tanpa rangkaian selain penggunaan Xiaomi Surge T1S Tuner untuk kestabilan sambungan.

    "
    "

    Untuk paparan, model Pro hadir dengan skrin 6.83 inci manakala model lain menggunakan skrin 6.77 inci dengan kecerahan puncak sehingga 3,200 nits dan pensijilan perlindungan mata. Sistem audio turut dipertingkat dengan 400 peratus peningkatan volum untuk model Pro dan 300 peratus untuk model lain.

    Tempahan REDMI Note 15 Series dibuka sehingga 21 Januari 2026 manakala jualan bermula 16 Januari 2026 di semua kedai Xiaomi, mi.com serta platform e-dagang rasmi. Harga jualan siri REDMI Note 15 di Malaysia bermula RM1,699 untuk REDMI Note 15 Pro+ 5G diikuti REDMI Note 15 Pro 5G pada harga RM1,399, REDMI Note 15 5G bermula RM849 manakala REDMI Note 15 ditawarkan pada harga RM799 secara eksklusif dalam talian.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan oleh REDMI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...