More

    Siri ROG Phone 6D dilancar di Malaysia: Dimensity 9000+, AMOLED 6.78″ 165Hz bermula RM3,499

    ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan siri ROG Phone 6D dan BATMAN Edition untuk pasaran Malaysia. Siri ROG Phone 6D dilengkapi MediaTek Dimensity 9000+ 5G bersama ciri HyperEngine 5.0 serta GPU MediaTek Mali.

    Ia menawarkan CPU sehingga 3.2 GHz kelajuan dan menawarkan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan ROM 512GB. ROG Phone 6D Ultimate memperkenalkan ciri Portal AeroActive serba baharu yang berfungsi bersama peranti AeroActive Cooler 6. Portal AeroActive diaktifkan secara automatik apabila AeroActive Cooler digunakan.

    ROG Phone 6 BATMAN Edition ialah kerjasama menarik dengan rupa telefon yang direka bentuk semula sepenuhnya. Ia hadir dengan warna Gotham City Black, label produk bercermin, grafik dan logo Aura RGB yang berbentuk kelawar Batman. Pemilik ROG Phone 6 BATMAN Edition mendapat bonus istimewa dengan set aksesori Batman.

    Aksesori tersebut ialah projektor isyarat kelawar, replika lampu terkenal yang digunakan untuk meminta bantuan Batman, sarung bampar, alat kad sim dan boleh dikuasakan oleh kabel USB-C yang dipasang pada ROG Phone 6 BATMAN Edition.

    ROG Phone 6

    • Skrin AMOLED 1ms 6.78 inci beresolusi 2448 x 1080 piksel, segar semula 165Hz, Corning Gorilla Glass Victus, Delta-E < 1
    • MediaTek Dimensity 9000+
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan UFS3.1 256GB
    • Kamera utama Sony IMX766 50MP + ultra lebar 13MP + makro 5MP
    • Kamera swafoto 12MP
    • Bateri 6,000 mAh dengan pengecasan 65W
    • Pembesar suara dwi-hadapan simetri dengan Dirac HD Sound, Tiga mikrofon dengan Teknologi Pengurangan Bunyi ASUS, bicu audio 3.5mm
    • Integrated WiFi 6E, Bluetooth 5.3, NFC, USB-C PD 3.0
    • Sistem operasi Android 12
    • Warna: Space Grey
    • Harga: RM 3,499

    ROG Phone 6D Ultimate

    • Skrin AMOLED 1ms 6.78 inci beresolusi 2448 x 1080 piksel, segar semula 165Hz, Corning Gorilla Glass Victus, Delta-E < 1
    • MediaTek Dimensity 9000+
    • RAM LPDDR5X 16GB
    • Storan UFS3.1 512GB
    • Kamera utama Sony IMX766 50MP + ultra lebar 13MP + makro 5MP
    • Kamera swafoto 12MP
    • Bateri 6,000 mAh dengan pengecasan 65W
    • Pembesar suara dwi-hadapan simetri dengan Dirac HD Sound, Tiga mikrofon dengan Teknologi Pengurangan Bunyi ASUS, bicu audio 3.5mm
    • Integrated WiFi 6E, Bluetooth 5.3, NFC, USB-C PD 3.0
    • Sistem operasi Android 12
    • Warna: Space Grey
    • Harga: RM4,999

    ROG Phone 6D Batman Edition

    • Skrin AMOLED 1ms 6.78 inci beresolusi 2448 x 1080 piksel, segar semula 165Hz, Corning Gorilla Glass Victus, Delta-E < 1
    • MediaTek Dimensity 9000+
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan UFS3.1 256GB
    • Kamera utama Sony IMX766 50MP + ultra lebar 13MP + makro 5MP
    • Kamera swafoto 12MP
    • Bateri 6,000 mAh dengan pengecasan 65W
    • Pembesar suara dwi-hadapan simetri dengan Dirac HD Sound, Tiga mikrofon dengan Teknologi Pengurangan Bunyi ASUS, bicu audio 3.5mm
    • Integrated WiFi 6E, Bluetooth 5.3, NFC, USB-C PD 3.0
    • Sistem operasi Android 12
    • Dilengkapi pakej aksesori eksklusif daripada Batman Edition
    • Harga: RM4,799

    ROG Phone 6D berharga RM3,499 manakala ROG Phone 6D Ultimate berharga RM4,999 yang disertakan dengan AeroActive Cooler 6. ROG Phone 6D ini model akan tersedia di Malaysia bermula dari 9 November 2022. ROG Phone 6 Batman Edition akan dijual pada harga RM4,799 dengan aksesori eksklusif disertakan dan tersedia pada akhir November.

    Dengan Kempen ROG Phone 6D’s Level Up Your Gameplay, anda berpeluang mendapat rebat RM300 jika membeli ROG Phone 6D. Pengguna boleh memiliki ROG Phone 6D terbaharu pada hanya RM3,199 hanya dengan membawa telefon pintar lama ke pengedar sah ROG terdekat dan ikuti lima langkah mudah.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...