More

    Siri vivo X Fold3 akan dilancar pada 26 Mac 2024

    Tarikh pelancaran siri vivo X Fold3, telefon lipat yang dinanti-nantikan telah terbongkar melalui poster rasmi yang dikongsi oleh seorang pengguna Weibo. Dikatakan bahawa syarikat itu akan melancarkan versi standard dan pro bagi X Fold3.

    Poster tersebut menunjukkan pelancaran yang dijadualkan pada 26 Mac 2024, pada jam 5 petang waktu tempatan, memaparkan reka bentuk yang elegan, paparan luar yang tinggi serta sebuah pulau kamera bulat yang menempatkan tiga kamera jenama ZEISS dan satu unit lampu flash LED dalam pilihan warna putih.

    Spesifikasi yang dikhabarkan menunjukkan bahawa kedua-dua vivo X Fold3 dan X Fold3 Pro, masing-masing akan menampilkan skrin utama 6.53 inci dan skrin OLED dalaman 8.03 inci bersama dengan pengimbas cap jari di bawah skrin, cipset Snapdragon 8 Gen 3, RAM sehingga 16GB dan storan 1TB.

    Selain itu, cip imej V3 dijangka hadir dengan sokongan pengecasan kabel 120W dan pengecasan wayarles 50W. Kapasiti baterinya dijangka pada 5,500mAh untuk model standard dan 5,800mAh untuk model Pro. Kedua-dua peranti ini juga mungkin beroperasi pada OriginOS 4.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured