More

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV dan bateri hingga 7,800mAh!

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu ini membawa peningkatan pada aspek kamera, prestasi dan kapasiti bateri dengan model tertinggi menggunakan cip MediaTek Dimensity 9600 Pro berasaskan proses 2nm serta sensor kamera utama vivo x Sony LYTIA L910 yang menawarkan julat dinamik sehingga 17 EV.

    vivo X500 Pro Max menjadi model paling tinggi dalam siri ini dengan skrin ZEISS Master Color 6.85 inci beresolusi 2K dan kadar segar semula sehingga 144Hz. Sistem kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP Sony LYTIA L910 bersaiz 1/1.28 inci dengan gimbal OIS, ultra lebar 50MP serta kamera telefoto ZEISS APO 200MP. Ia turut menyokong rakaman video 4K pada 240fps, 10-bit Log dan 8K Native Live.

    Bagi vivo X500 Pro pula, peranti ini menggunakan Dimensity 9600 Pro 2nm bersama cip pemprosesan imej vivo V3+ dan VS1+. Ia hadir dengan skrin 6.36 inci 1.5K LTPO 144Hz, kamera utama 50MP Sony LYTIA L910, telefoto 64MP LYTIA 610 dengan penstabilan CIPA 7.0 serta kamera ultra lebar 50MP. Kapasiti baterinya ialah 6,510mAh dengan pengecasan berwayar 90W dan wayarles 40W.

    Sementara itu, vivo X500 standard menggunakan cip Dimensity 9600M dan skrin 6.59 inci. Ia dilengkapi kamera utama 1/1.28 inci Sony LYTIA 828 dengan gimbal OIS serta telefoto 64MP LYTIA 610, selain bateri 7,500mAh dengan pengecasan 90W dan tanpa wayar 40W. Ketiga-tiga model menjalankan OriginOS 7 dan menyokong ciri seperti rakaman 8K Native Live serta mod warna sinematik.

    Buat masa ini, vivo belum mengumumkan harga atau tarikh pelancaran rasmi siri X500 untuk Malaysia. Siri ini dijangka memasuki pasaran Malaysia sekitar Oktober 2026, namun butiran tersebut masih perlu menunggu pengesahan rasmi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured