More

    Siri Xiaomi 17 diumum di Malaysia: SD 8 Elite Gen 5, RAM 16GB dan storan sehingga 1TB bermula RM3,499

    Xiaomi Malaysia mengumumkan ketersediaan rasmi Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra untuk pasaran tempatan dengan tempahan awal dibuka bermula 1 hingga 5 Mac 2026. Walaupun model Pro dan Pro Max tidak diumumkan buat masa ini, kedua-dua model yang ditawarkan sudah membawa spesifikasi kelas mercu termasuk sistem kamera resolusi tinggi, cip pemproses generasi baharu dan pengecasan pantas berkuasa tinggi.

    Xiaomi 17

    Xiaomi 17 hadir sebagai model asas dengan konfigurasi tiga kamera belakang 50MP merangkumi kamera utama, telefoto dengan zum optikal 2.6x dan ultra-lebar. Kamera hadapan turut menggunakan sensor 50MP untuk swafoto beresolusi tinggi. Daripada segi prestasi, peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama 12GB RAM dan storan sehingga 512GB.

    Ia juga dilengkapi bateri 6,330mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W HyperCharge. Untuk paparan, Xiaomi 17 menggunakan skrin depan LTPO 6.3 inci dengan kadar segar semula 1-120Hz.

    Xiaomi 17 Ultra

    Xiaomi 17 Ultra menampilkan keupayaan fotografi lebih maju dengan kamera periskop 200MP yang menyokong zum optikal berterusan sehingga 4.3x menggantikan kamera telefoto 50MP pada model asas. Kamera ultra-lebar juga menawarkan sudut pandang lebih luas iaitu 115 darjah berbanding 102 darjah pada Xiaomi 17.

    Untuk paparan, ia menggunakan paparan LTPO 6.9 inci yang lebih besar berbanding 6.73 inci sebelum ini, namun resolusinya secara teknikal lebih rendah pada 1,200 x 2,608 piksel berbanding 1,440 x 3,200 piksel. Skrinnya menggunakan panel HyperRGB dengan jalur RGB penuh dan dilindungi oleh Xiaomi Shield Glass 3.0 yang 30% lebih tahan lasak jika terjatuh.

    Model ini turut menyokong aksesori Photography Kit versi baharu yang lebih ringan dan kompak, dilengkapi tali pergelangan tangan, butang shutter dua peringkat boleh ubah suai, butang video khusus serta penarafan kalis percikan IP54. Bagi pengguna fotografi tegar, Photography Kit Pro ditawarkan dengan kemasan PU leather anti-gelincir, bateri terbina dalam 2,000mAh, butang shutter boleh tanggal dan mod Fastshot.

    Untuk harga, Xiaomi 17 Ultra ditawarkan pada harga RM5,999 untuk varian 16/1TB dan RM5,499 untuk varian 16/512GB. Xiaomi 17 pula dijual pada harga RM3,799 bagi varian 12/512GB manakala varian 12/256GB eksklusif dalam talian ditawarkan pada harga RM3,499 dengan diskaun awal RM200.

    Setiap pembelian tempahan awal disertakan promosi hadiah percuma termasuk Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro, Xiaomi Sound Party atau Smart Tower Fan 2 bergantung kepada model yang dipilih. Leica Leitzphone turut dilancarkan yang dihasilkan oleh Xiaomi sempena ulang tahun ke-100 syarikat itu dengan harga RM7,499 untuk varian 16/1TB bersama pakej hadiah yang sama seperti model Ultra.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...