More

    Siri Xiaomi 17T bakal dilancar di Bangunan Sultan Abdul Samad sempena KL Festival 2026

    Xiaomi Malaysia mengumumkan bahawa siri baharu Xiaomi 17T akan dilancarkan di Bangunan Sultan Abdul Samad sempena KL Festival 2026 menerusi sebuah acara khas yang memfokuskan fotografi, budaya dan warisan tempatan. Acara berkonsepkan “A Visual Tribute” hasil kolaborasi bersama Leica yang menggabungkan elemen seni visual dan pengalaman fotografi berlatarkan Kuala Lumpur.

    Salah satu tarikan utama acara tersebut ialah pameran koleksi fotografi peribadi Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang dipertontonkan kepada umum buat pertama kali. Xiaomi menyifatkan ia sebagai penghormatan kepada minat mendalam baginda terhadap dunia fotografi. Pengunjung berpeluang melihat galeri fotografi Leica vintaj bersama koleksi gambar yang dirakam di sekitar Malaysia menggunakan telefon Xiaomi yang dibangunkan bersama Leica.

    Selain itu, Xiaomi menyediakan zon interaktif di kawasan River of Life bagi membolehkan pengunjung mencuba sendiri keupayaan kamera siri Xiaomi 17T dalam situasi dunia sebenar sekitar kawasan bersejarah Kuala Lumpur. Acara tersebut turut merangkumi “Rumah Malaysia Then & Now” iaitu pameran konsep kediaman pintar Xiaomi yang dipertontonkan di Federal Hall 2.

    Seterusnya, terdapat sesi photowalk khas bersama jurugambar Yuji Haikal untuk peserta yang mahu mendalami teknik fotografi menggunakan siri Xiaomi 17T. Xiaomi juga mula mempromosikan siri ini sebagai “The Telephoto Master” yang memberi bayangan bahawa kemampuan zum dan fotografi telefoto bakal menjadi fokus utama pada generasi baharu tersebut.

    Pameran akan dibuka kepada umum bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2026 dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Federal Hall 1 dan Federal Hall 2, Bangunan Sultan Abdul Samad. Dalam masa sama, Xiaomi mengesahkan pelancaran global siri Xiaomi 17T akan berlangsung pada 28 Mei 2026 jam 8 malam. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menghadiri sesi pelancaran dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...