More

    Sistem kutipan tol Secara Pembayaran Terbuka kini tersedia di 11 lebuh raya

    Selepas lebih dua dekad monopoli daripada Touch ‘n Go untuk bayaran tol bagi laluan lebuh raya, kini 11 lebuh raya telah mengumumkan pelancaran Pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Bayaran Terbuka (SPT) dengan menggunakan kad debit atau kad kredit semasa pembayaran tol.

    Lebuh raya tersebut ialah:

    1. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
    2. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
    3. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
    4. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
    5. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
    6. Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
    7. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
    8. Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
    9. Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
    10. Lebuhrava Duta – Ulu Kelang (DUKE)
    11. Lebuhrava Kulim – Butterworth (BKE)

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengguna jalan raya kini mempunyai pilihan lain iaitu SPT yang juga merupakan langkah pertama ke arah melaksanakan sistem aliran bebas berbilang lorong (MLFF) pada masa hadapan.

    Tambahan, pelaksanaan sistem di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dijangka bermula hujung tahun ini bagi membolehkan syarikat konsesi menjalankan kajian lanjut mengenainya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured