More

    Snapdragon 8 Elite Gen 5 dilancar sebagai cip paling pantas dunia – Apa yang baharu?

    Qualcomm hari ini telah melancarkan cipset andalan terbaharu iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5. Ia kini digelar sebagai terpantas di dunia dengan keupayaan prestasi tinggi serta integrasi kecerdasan buatan (AI) on-device yang lebih maju. Cip ini hadir dengan 3rd Gen Qualcomm Oryon™ CPU yang menurut Qualcomm menawarkan prestasi CPU mudah alih terpantas dalam kelasnya.

    Dibandingkan dengan generasi terdahulu, Snapdragon 8 Elite Gen 5 mencatat peningkatan sehingga 20% lebih pantas pada CPU, 23% lebih berkuasa pada GPU Adreno dan 37% lebih efisien pada Hexagon NPU. Gabungan ini memberi pengalaman lebih lancar untuk kerja harian, permainan video dan aplikasi AI yang semakin berkembang.

    Satu ciri utama platform ini ialah sokongan terhadap AI agent peribadi berasaskan on-device. Dengan kebolehan pembelajaran berterusan, pemahaman multimodal dan tindakan lintas aplikasi, pengguna kini dapat berinteraksi dengan telefon pintar pada tahap lebih peribadi tanpa perlu risau tentang privasi kerana data kekal diproses dalam peranti.

    Selain itu, Snapdragon 8 Elite Gen 5 turut menjadi platform mudah alih pertama menyokong Advanced Professional Video (APV) codec yang membolehkan rakaman setara tahap studio dengan kawalan pasca-produksi terperinci. Ciri ini disasarkan untuk pembuat kandungan dan profesional kreatif yang menuntut kualiti rakaman tinggi terus dari peranti mudah alih.

    Qualcomm turut mengesahkan bahawa pelbagai jenama global bakal memperkenalkan peranti mercu berasaskan cip ini termasuk HONOR, iQOO, Nubia, OnePlus, OPPO, POCO, realme, REDMI, RedMagic, ROG, Samsung, Sony, vivo, Xiaomi dan ZTE. Peranti baharu dijangka mula diperkenalkan dalam beberapa hari akan datang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...