More

    Sony lancarkan pembesar suara wayarles khas untuk dimainkan dalam ruang tertutup

    Sony telah melancarkan pembesar suara premium baru iaitu SRS-RA5000 dan SRS-RA3000 di mana ciri utamanya adalah fungsi 360 Reality Audio dan Immersive Audio Enhancement (IAE) untuk menghasilkan bunyi yang boleh memenuhi ruang dalam bangunan (indoor) secara menyeluruh.

    IAE menukarkan lagu stereo yang mempunyai dua saluran kepada bunyi yang ditala (tuned) dengan lebih baik untuk audio persekelilingan, manakala 360 Reality Audio pula menggunakan data lokasi 3D untuk melaraskan pembesar suara. Dua pembesar suara ini boleh menghasilkan pelarasan bunyi (sound calibration) yang unik secara automatik mengikut saiz bilik di mana pembesar suara ini digunakan.

    Apabila butang IAE ditekan, produk ini akan mengimbas bentuk bilik melalui penghasilan bunyi. Setiap kali pembesar suara ini diletakkan dalam tempat yang berlainan, ia akan melaraskan bunyinya mengikut ruang tempat tersebut.

    RA5000 menampilkan tiga pembesar suara yang dihalakan ke atas manakala badannya pula mempunyai subwoofer untuk memberikan bunyi bass yang dalam. RA3000 pula mempunyai bentuk yang lebih mirip dengan pembesar suara lain, dengan dua grill yang berada di sisi.

    Pembesar suara ini menyokong pembantu suara Google Assistant, Amazon Alexa serta hubungan Bluetooth. Ia akan mula dijual di Malaysia pada Februari 2021. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Acer CA1 rasmi di Malaysia: Android terbina, bateri 3 jam dan kamera 8MP...

    Siri Acer CA1 direka khas untuk fleksibiliti penggunaan di rumah menerusi tapak pemegang ErgoStand berroda yang membolehkan skrin dialihkan ke mana-mana ruang...

    Xiaomi bakal tayang robot manusia buat kali pertama kepada umum

    Presiden Kumpulan Xiaomi, Lu Weibing, mengesahkan bahawa robot keluaran mereka bakal diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai buat pertama kali di persidangan...

    HONOR CHOICE Headphones Max tiba di Malaysia dengan ANC 57dB dan bateri 70 Jam...

    HONOR Malaysia melancarkan produk peranti audio terbaharunya untuk pasaran tempatan melalui pengenalan fon kepala jenis over-ear HONOR CHOICE Headphones Max. Model ini...

    OpenAI lancar ChatGPT for Teens dengan perlindungan lebih ketat untuk remaja

    OpenAI melancarkan ChatGPT for Teens secara rasmi yang direka khas untuk pengguna berumur antara 13 hingga 17 tahun. Pengguna bawah umur 18...

    Boost SME dilancar: Platform perbankan digital PKS dengan faedah harian 3.0%

    Boost melancarkan Boost SME iaitu sebuah platform perbankan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan kewangan, pembayaran dan perbankan dalam satu ekosistem. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured