More

    Sony Xperia 1 VI akan utamakan prestasi zum, mungkin sehingga 7x

    Sony bakal melancarkan siri telefon pintar Sony Xperia 1 VI di Jepun pada hari Rabu, 15 Mei 2024 jam 5:00 petang waktu Malaysia. Beberapa spesifikasi untuk telefon itu termasuk kameranya telah pun tertiris, termasuklah kebolehannya untuk membuat zum optikal 7x iaitu sesuatu yang tiada pada model-model Xperia 1 sebelum ini.

    Kini beberapa material iklan untuk Xperia 1 VI telah tertiris dalam Twitter. Iklan tersebut termasuklah video pendek yang menunjukkan susunan kamera telefoto periskop dan kebolehan zumnya. Dengan slogan “Zoom Into Wonder”, nampaknya Sony memang akan mengutamakan kebolehan zum telefon ini dalam pengiklanannya.

    Ia hanya menunjukkan jarak fokal daripada 85mm sehingga 138mm, namun ia dijangka bakal boleh dipanjangkan lagi sehingga 170mm, bersamaan zum optikal sebanyak 7x. Model sebelum ini seperti Sony Xperia 1 V hanya boleh membuat zum optikal sejauh 5x sahaja.

    Spesifikasi penuh untuk kameranya juga sudah didedahkan, di mana ia mungkin terdiri daripada susunan tri-kamera belakang, menampilkan lensa ultra-lebar 16mm, lensa lebar 24mm dengan zoom optik 2X dan lensa zum telefoto 85-170mm yang menawarkan zum hingga 7X.

    Spesifikasi lain termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5,000mAh, skrin dengan nisbah aspek 19.5:9 dan RAM sehingga 16GB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured