More

    Sony Xperia 10 VII dilancar di Malaysia: OLED 120Hz, Snapdragon 6 Gen 3, kamera 50MP berharga RM2,199

    Sony Malaysia hari ini memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VII yang dijual pada harga RM2,199. Ia menampilkan beberapa ciri-ciri yang memisahkannya daripada telefon kelas pertengahan lain seperti pembesar suara yang dihala ke depan (front-facing speakers) dan butang shutter khas untuk mengambil gambar.

    Skrinnya menggunakan panel OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah aspek 19.5:9 serta dibuat daripada kaca Corning Gorilla Glass Victus 2. Dengan pembesar suara yang dihala ke arah pengguna, anda boleh nikmati pengalaman audio yang lebih jelas sewaktu menonton video atau bermain game.

    Di bahagian tepi, ia mempunyai butang shutter untuk memudahkan anda buka aplikasi kamera dan terus ambil gambar, serupa seperti telefon flagship Sony Xperia 1 VII yang dilancar pada Ogos lalu. Telefon ini mempunyai dua kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP dengan sensor 1/1.56 inci (lebih besar sebanyak 1.6 kali ganda berbanding generasi sebelumnya) dan lensa 24mm, serta kamera ultra-lebar 13MP dengan sensor 1/3 inci dan lensa 16mm.

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan Sony mengatakan ia boleh bertahan sehingga dua hari. Ia juga mempunyai fungsi Adaptive Charging bagi mengurangkan kemerosotan bateri walaupun selepas tempoh empat tahun.

    Ia didatangkan dengan sistem operasi Android 15 dan akan menerima empat kemas kini Android utama supaya anda boleh terus menerima kemas kini terkini sehingga empat tahun akan datang. Cipsetnya pula ialah Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 yang merupakan cipset kelas pertengahan oleh Qualcomm.

    Sebagai sebuah peranti Android, ia dilengkapi pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) seperti Circle to Search with Google dan Gemini.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Sony Xperia 10 VII:

    • Skrin OLED 6.1 inci, resolusi 1080×2340, kadar segar semula 120Hz, kaca Corning Gorilla Glass Victus 2
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 128GB, boleh dibesarkan dengan microSDXC
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 13MP
    • Kamera hadapan 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Sistem operasi Android 15, akan menerima kemas kini selama empat tahun dan kemas kini keselamatan selama enam tahun
    • Pembesar suara stereo, dihalakan ke depan
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Rating kalis air IPX5/IPX8, kalis debu IP6X
    • Pilihan warna turqoise, putih dan hitam
    • Harga: RM2,199

    Layari laman web Sony Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured