More

    Spesifikasi penuh vivo X80 tertiris

    Telefon pintar andalan seterusnya oleh vivo, vivo X80, bakal dilancar pada hari ini (25 April 2022) dan rekaan luarannya telah pun dikongsi oleh vivo. Walau bagaimanapun spesifikasi penuh untuk varian asas telefon itu telah pun tertiris.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Ishan Agarwal, vivo X80 standard akan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz FullHD+ berukuran 6.78 inci dengan pengimbas cap jari dalam skrin, cipset MediaTek Dimensity 9000, RAM LPDDR5 12GB, storan UFS 3.1 256GB atau 512GB, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 80W.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan saiz sensor 1/1.56″ dan apertur f/1.75, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto potret 12MP manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP. Seperti telefon vivo X sebelum ini, ia bakal mempunyai teknologi lensa yang dibina dengan Zeiss.

    Siri vivo X80 juga menampilkan cip pengimejan khas vivo V1+ untuk prestasi fotografi yang lebih menarik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...