More

    Spesifikasi realme narzo 50a tertiris, hadir dengan 4G & kamera 13MP

    Pada Mac lalu, realme secara rasmi telah melancarkan realme narzo 30a di pasaran Malaysia. Kini, terdapat laporan bahawa syarikat itu sedang membangunkan sebuah lagi telefon pintar baharu iaitu realme narzo 50a. Sumber itu menyatakan bahawa telefon tersebut telah mendapat beberapa pengesahan seperti Telecommunications Commission of Thailand (NBTC) dan Bureau of Indian Standards (BIS).

    Melalui sebuah laman web yang memaparkan tentang spesifikasi kamera, realme narzo 50a mempunyai sebuah kamera 12.5MP (mungkin 13MP) f/1.8 dan sensor 1/3 inci dengan resolusi 4080 x 3072 piksel pada bahagian belakang.

    Pada bahagian hadapan pula, telefon ini mempunyai kamera swafoto 8MP f/2.0 dan sensor 1/3.6 inci dengan maksimum resolusi 3264 x 2448 piksel. Selain itu, menurut sumber, realme narzo 50a mempunyai sambungan 4G dan khabar angin mengatakan mungkin realme akan mengeluarkan versi 5G.

    Harga bagi telefon ini dijangka mungkin sama dengan model sebelumnya iaitu sekitar $150 (~RM633). Adakah anda menantikan realme narzo 50a ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...