Melalui berita lepas, kami telah memaklumkan mengenai spesifikasi dan varian siri iPhone 12 yang telah didedahkan. Bukan itu sahaja, terdapat juga jangkaan harga dari pelbagai sumber. Terkini, terdapat sumber tidak rasmi yang mendedahkan tarikh acara pelancaran siri iPhone 12.
Menurut sumber, Apple bakal melancarkan beberapa produk baharu termasuk siri iPhone 12 melalui sebuah acara pada 8 September 2020. Selain itu, sumber turut mendedahkan acara pelancaran iPad Pro dan beberapa produk lain pada 27 Oktober 2020. Lebih menarik, Apple juga dikatakan bakal melancarkan Apple Glass seperti yang dilaporkan pada berita-berita lepas.

Terdahulu, sumber yang sama pernah mendedahkan spekulasi yang ternyata benar juga. Perlu kami ingatkan bahawa sumber ini adalah sumber yang tidak rasmi, jadi ianya hanyalah sebuah spekulasi.
Melalui sumber lain, gambar wayar kabel Lightning ke USB-C yang didakwa untuk siri iPhone 12 juga hadir di internet. Sepertinya, ia hadir dengan pilihan warna hitam dan putih. Apa yang jelas, iPhone 12 mungkin akan mengadaptasi konsep kabel Lighting ke USB-C ini.

Apa pun, Apple masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran iPhone 12. Adakah anda berhasrat untuk memilikinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Gambar utama ihsan dari Apple







