More

    Syarikat gaming Razer kini turut membuat topeng penutup mulut dan hidung untuk cegah COVID-19

    Di sebalik industri gaming, CEO Razer Min-Liang Tan mengumumkan melalui laman Twitter tentang usaha dalam membendung pandemik COVID-19. Razer dikatakan menukar beberapa barisan perkilangan teknologi kepada pembuatan topeng penutup hidung dan muka.

    Topeng penutup mulut dan hidung ini dilaporkan bakal diagihkan ke beberapa negara di dunia untuk membantu mencegah cOVID-19. Kami merasakan langkah ini adalah usaha yang patut dicontohi oleh syarikat lain oleh kerana stok topeng penutup mulut dan hidung adalah terhad. Bukan itu sahaja, Razer turut menderma barisan telefon keluarannya!

    Apa pun, jika anda mempunyai stok topeng penutup mulut dan hidung untuk dijual, KPDNHEP menggesa agar anda menjualnya dengan harga kawalan. Elakkan daripada menjadi penjual yang mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab.

    Adakah anda sedang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan? Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured