More

    Tamatnya era boleh lipat “flip”? Samsung Galaxy Z Flip 8 dijangka model terakhir

    Laporan terbaharu mendedahkan bahawa Galaxy Z Flip 8 berkemungkinan menjadi model boleh lipat jenis cangkerang terakhir daripada Samsung. Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada pihak Samsung, pembekal dilaporkan masih belum menerima sebarang tempahan komponen untuk pembangunan model pengganti iaitu Galaxy Z Flip 9.

    Langkah menghentikan siri ini dikaitkan dengan faktor genangan reka bentuk siri Z Flip yang tidak menerima perubahan besar sejak model Z Flip 3 selain kos pembuatan yang semakin meningkat akibat kenaikan harga memori DRAM.

    Samsung juga dijangka mengalihkan fokus dan sumber perniagaan kepada model baharu iaitu Galaxy Z Fold Wide bagi bersaing secara langsung dengan peranti boleh lipat Apple. Galaxy Z Flip 8 dijadualkan dilancar pada 22 Julai ini dalam acara Galaxy Unpacked yang berlangsung di London bersama-sama model Galaxy Z Fold 8 Wide.

    Ia membawakan skrin dalaman bersaiz 6.9 inci dengan rekaan kesan lipatan yang hampir tidak kelihatan, skrin luaran 4.1 inci serta berat yang dikurangkan kepada 180 gram. Bagi spesifikasi dalaman, peranti akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 atau cip Exynos 2600 bergantung kepada wilayah.

    Walaupun siri ini dijangka ditamatkan, ia disahkan akan menerima sokongan kemas kini perisian selama tujuh tahun sehingga tahun 2033. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...