Melalui TapSecure, pengguna kini boleh mengesahkan transaksi dalam talian Touch ‘n Go eWallet Visa Card dengan hanya satu sentuhan tanpa perlu bergantung kepada OTP tradisional, berkuat kuasa 17 Mac 2025. Kaedah ini bukan sahaja mempercepatkan kelulusan pembayaran tetapi juga mengurangkan risiko serangan phishing dan perisian hasad yang mampu memintas SMS OTP.
Selain itu, TapSecure menambah lapisan keselamatan dengan menghubungkan kelulusan transaksi kepada satu peranti berdaftar sahaja untuk memastikan hanya pemilik akaun yang sah boleh meluluskan pembayaran. Setiap akaun TNG eWallet hanya boleh disambungkan kepada satu peranti pada satu masa, sekaligus menghalang akses tanpa kebenaran.

Bagi memastikan proses kelulusan berjalan lancar, pengguna digalakkan untuk mengaktifkan notifikasi dalam tetapan aplikasi TNG eWallet. Untuk maklumat lanjut mengenai TapSecure, layari laman rasmi TNG si sini.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






