Tecno sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon pintar boleh lipat pertamanya iaitu Phantom V Flip 5G. Kini, sumber yang boleh dipercayai mendedahkan Tecno Phantom V Flip 5G pada penyenaraian konsol Google Play.
Menurut penyenaraian, telefon pintar itu akan mempunyai cipset Dimensity 1300 dengan GPU ARM Mali G77, RAM 8GB dan beroperasi pada Android 13. Peranti ini akan menampilkan paparan FHD+ 1080×2640 dengan ketumpatan skrin 480 DPI.

Tecno Phantom V Flip 5G dijangka akan menggunakan paparan AMOLED boleh lipat 6.75 inci dengan nisbah bidang 20.5:9 dan kadar penyegaran 144Hz. Untuk fotografi, telefon pintar ini dikatakan menempatkan sensor utama 64MP dengan sokongan autofokus dan sensor ultra lebar 13MP pada paparan penutup luar.
Tecno Phantom V Flip 5G berkemungkinan menggunakan sensor 32MP untuk swafoto. Bateri dwi-sel berkemungkinan berkapasiti 4,000mAh (1165mAh + 2735mAh) dengan sokongan pengecasan pantas 66W. Ia dijangka dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian sisi, dwi SIM, Wi-Fi, Bluetooth 5.3, sokongan untuk 14 jalur 5G dan port USB-C.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: PriceBaba







