More

    Telefon lipat pertama OnePlus mungkin dinamakan OnePlus Open, dilancar pada Ogos 2023

    Pada bulan Mac lalu, OnePlus mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon lipatnya yang pertama pada suku ketiga 2023. Memandangkan kita sudah pun berada dalam bulan Julai, beberapa maklumat awal mengenai peranti tersebut sudah mula tertiris dalam media sosial.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Max Jambor, telefon lipat pertama oleh OnePlus akan dinamakan sebagai OnePlus Open dan akan dilancar pada 29 Ogos 2023 di New York, Amerika Syarikat. Jika benar, ini bermaksud OnePlus akan terus melancarkan telefon ini untuk pasaran antarabangsa.

    Beliau juga telah berkongsi beberapa spesifikasi awal untuk telefon itu, di mana ia mungkin akan dilengkapi skrin luaran berukuran 6.3 inci, skrin lipat utama berukuran 7.8 inci, cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan pantas 67W.

    Setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada OnePlus mengenai peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...