More

    Telegram akan serahkan nombor telefon, IP pengguna yang terlibat dengan jenayah

    Telegram kini akan menyerahkan nombor telefon dan alamat IP pengguna jika diminta daripada pihak berkuasa mengikut dasar privasinya yang baru dikemas kini. Pelarasan itu adalah perubahan terbaru yang dibuat Telegram berikutan penahanan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov bulan lepas.

    Dia didakwa oleh pihak berkuasa Perancis kerana membolehkan aktiviti haram di platform itu. Dalam siaran di Telegram, Durov berkata syarikatnya akan membuat perubahan untuk menghalang penjenayah daripada menyalahgunakan fungsi carian aplikasi.

    Ciri carian Telegram membolehkan pengguna mencari saluran awam dan bot tetapi telah disalahgunakan oleh orang ramai untuk menjual barangan haram. Telegram akan mendedahkan sama ada mereka memberikan maklumat pengguna kepada pihak berkuasa dalam laporan ketelusan suku tahunannya.

    Tahap keselamatan Telegram yang longgar telah menjadikan platform itu tempat yang popular untuk penjenayah. Laporan mendedahkan beribu-ribu saluran yang mempunyai kaitan dengan keganasan, bahan penderaan seksual kanak-kanak, pengedaran dadah dan ekstremisme.

    Selari dengan perubahan ini, Telegram juga akan menambah sokongan pengawasan berdasarkan kecerdasan buatan dalam mengenal pasti perkongsian berbahaya dan haram. Kami masih belum dapat mengesahkan butiran lain mengenai perkara itu jika ia dilaksanakan di Malaysia atau tidak.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured