More

    Tempahan HONOR Magic V6 kini dibuka di Malaysia dengan hadiah sehingga RM3,797!

    HONOR secara rasmi membuka tempahan awal untuk telefon lipat mercu terbaharu HONOR Magic V6 menjelang pelancaran rasmi di Malaysia pada 4 Jun 2026. Promosi pembelian awal berlangsung bermula 26 Mei hingga 3 Jun 2026 dengan deposit serendah RM300. HONOR turut menawarkan hadiah percuma misteri bernilai sehingga RM3,797 termasuk HONOR Magic Pen bernilai RM499.

    Dalam masa sama, HONOR terus memperhebat kempen pemasaran Magic V6 dengan menonjolkan aspek ketahanan peranti tersebut menerusi beberapa ujian ekstrem yang tular sejak kebelakangan ini. HONOR Magic V6 hadir dengan Super Steel Hinge yang mempunyai kekuatan tensile sehingga 2,800 MPa.

    HONOR mendakwa struktur engsel tersebut berjaya menjalani ujian ekstrem termasuk menarik kapal terbang seberat 1.25 tan dan sebuah kereta Ferrari tanpa menyebabkan kerosakan pada peranti. Selain itu, kedua-dua skrin luar dan dalaman turut diberikan perlindungan tambahan bagi meningkatkan ketahanan penggunaan harian.

    Skrin luar menggunakan HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield dengan lapisan silicon nitride setebal 5,600 lapisan manakala skrin dalaman pula dilindungi lapisan Ultra-Tough Glass (UTG) fleksibel yang dinaik taraf. HONOR mendakwa Magic V6 menjadi telefon lipat pertama di pasaran yang hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP68 serta IP69 secara serentak.

    Selain itu, ia mampu bertahan dalam rendaman air sedalam 1.5 meter. HONOR akan mengadakan pelancaran rasmi HONOR Magic V6 di Malaysia menerusi siaran langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia pada 4 Jun 2026 jam 7 malam. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...