More

    Tempahan Samsung Odyssey OLED G8 di Malaysia, monitor “gaming” RGB 34″ berharga RM7,599

    Baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics mengumumkan satu lagi tambahan premium kepada barisan monitor gaming iaitu Odyssey OLED G8 (LS34BG850SEXXS). Ia adalah monitor gaming OLED pertama Samsung dan berharga RM7,599.

    Sempena pelancaran, pembeli yang membuat tempahan awal Odyssey OLED G8 34 inci akan menerima Soundbar HW-B450 bernilai RM799. Tawaran eksklusif ini hanya sah dari 10 hingga 20 November 2022. Ia juga boleh dibeli di kedai dalam talian Samsung, Lazada dan Shopee.

    Odyssey OLED G8 34 inci adalah monitor ultra nipis dan padat dengan pencahayaan RGB yang boleh dikawal. Skrin monitor juga ultra lebar dengan resolusi QHD (3440 x 1440 piksel), mempunyai nisbah bidang 21:9 dengan volum warna 100% dan gamut warna DCI-99.3% serta kelengkungan 1800R untuk paparan main terbaik.

    Terdapat sambungan port Micro HDMI (2.1), Mini DP (1.4) dan USB-C sebagai tambahan kepada pembesar suara stereo 5W. Monitor ini memiliki VESA DisplayHDR 400 True Black dan dipertingkatkan oleh AMD FreeSync Premium memastikan pengalaman permainan dan visual terbaik dapat dihasilkan.

    Ia juga menampilkan Samsung Smart Hub membolehkan pemain mengakses Amazon Prime, Netflix, YouTube dan pembekal perkhidmatan OTT (over-the-top) terkemuka yang lain. Di samping itu, pengguna boleh menikmati kandungan langsung percuma tanpa memerlukan muat turun atau pendaftaran, yang dimungkinkan oleh Samsung TV Plus.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Odyssey OLED G8 baharu, sila lawati kedai dalam talian Samsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured