More

    TGV Cinemas ingatkan pelanggan supaya tidak terpedaya dengan “scam” yang beri tiket percuma

    Syarikat panggung wayang TGV Cinemas mengingatkan para pelanggannya supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan scam terbaru yang kononnnya memberi tiket wayang percuma kepada pelanggan.

    Dalam scam tersebut, sebuah emel yang datang daripada [email protected] sedang disebarkan kepada para pelanggan TGV Cinemas. Emel tersebut mempunyai kod QR yang dikatakan akan memberi dua tiket wayang percuma kepada pelanggan jika diimbas.

    TGV Cinemas mengingatkan bahawa itu bukanlah emel rasmi daripada TGV dan menasihati para pelanggan untuk tidak menekan sebarang pautan atau mengimbas sebarang kod QR dalam emel tersebut.

    Secara umumnya, anda harus berwaspada dengan pelbagai emel palsu yang disebarkan pada waktu ini. Perhatikan emel penghantar dan semak sama ada ia adalah daripada sumber yang sahih atau tidak. Jika emel tersebut mempunyai imbuhan akhir yang aneh seperti “.mal” dalam kes ini, besar kemungkinan ia adalah sebuah scam.

    Beritahu kami di Facebook jika nasihat ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...