Menurut data syarikat keselamatan Cloudflare’s 2021 Year in Review, TikTok mendapat bilangan trafik yang lebih tinggi berbanding Google pada tahun ini. TikTok memecahkan senarai 10 laman teratas Cloudflare pada tahun lepas dengan menduduki tempat ketujuh di belakang Google, Facebook, Microsoft, Apple, Netflix dan Amazon.
Untuk tahun 2021, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat melainkan TikTok telah mengungguli carta tersebut dan laman web lain seperti Amazon melonjak satu slot bertukar tempat dengan Netflix.
Menurut Cloudflare, TikTok mula mendaki carta dalam kedudukan trafik global pada 17 Februari 2021 dan pada bulan Ogos lalu aplikasi tersebut telah menempatkan diri sebagai menjadi juara. Populariti aplikasi tersebut melonjak naik semasa wabak COVID-19 berlangsung.
Untuk pengetahuan, syarikat induk TikTok iaitu ByteDance yang berpangkalan di China merupakan satu-satunya syarikat bukan dari Amerika yang menduduki slot dalam 10 teratas. Pada hari yang sama Cloudflare mengeluarkan senarai kedudukannya, New York Times melaporkan bahawa pelabur kini melihat platform itu sebagai tempat pasaran strategik kerana penurunan populariti televisyen.
Menurut Times, melabur dalam ruang iklan di TikTok merupakan pertaruhan yang selamat dengan hashtag #TikTokMadeMeBuyIt yang kini dilihat lebih daripada 7 bilion kali dalam aplikasinya.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmodo







