More

    TikTok terus tergantung di AS, Trump lanjutkan tempoh rundingan 90 hari lagi

    TikTok sekali lagi terlepas daripada larangan operasi di Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif baharu yang memberikan lanjutan tempoh rundingan selama 90 hari kepada syarikat induk, ByteDance.

    Langkah ini merupakan penangguhan ketiga selepas undang-undang yang diluluskan oleh Kongres AS pada 2024 yang mewajibkan ByteDance untuk menjual sebahagian besar operasi TikTok di AS kepada syarikat berpangkalan di Amerika. Undang-undang tersebut juga menyatakan bahawa 80% pemilikan perlu dipegang oleh pelabur AS manakala baki 20% boleh dikekalkan oleh ByteDance.

    Walaupun Mahkamah Agung AS telah menyokong undang-undang itu, kesannya setakat ini masih minimum yang hanya menyebabkan gangguan perkhidmatan selama 13 jam. Sejurus kembali ke Rumah Putih, Trump telah memberi tempoh bertenang selama 75 hari sebelum menangguhkannya lagi sebanyak dua kali.

    Berita sebelum ini melaporkan bahawa satu perjanjian pengambilalihan hampir dimuktamadkan pada April lalu yang melibatkan pelabur sedia ada dan baharu serta mendapat kelulusan ByteDance dan kerajaan AS. Antara nama besar yang menunjukkan minat termasuk Amazon dan personaliti media sosial, MrBeast. Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut gagal selepas tercetusnya perang tarif baharu antara AS dan China.

    Kini, pelabur mempunyai masa sehingga pertengahan September untuk meyakinkan ByteDance dan merangka semula pelan pengambilalihan. Namun, sebarang rundingan juga tertakluk kepada kelulusan kerajaan China yang dilihat menjadikan TikTok sebagai aset strategik dalam rundingan perdagangan dengan AS.

    Situasi ini menjadikan masa depan TikTok di Amerika Syarikat terus tergantung dengan pelabur dan pengguna masih menunggu penyelesaian muktamad yang mungkin tertangguh lagi atas faktor geopolitik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNN

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured