More

    TIME tawarkan pelan 2Gbps bermula di Mont Kiara, Segambut dan Desa Park City

    Sebelum ini, kami melaporkan video iklan 2Gbps oleh TIME Malaysia di Kuala lumpur City Centre (KLCC) di mana pelan tersebut dilancarkan pada 7 Oktober 2022, hari ini. Kini, syarikat itu telah mengumumkan pelan dan harga bagi pakej 2Gbps 

    Seperti yang anda lihat dari imej di bawah, pelan 2Gbps berharga RM379 sebulan menawarkan penghala WiFi 6 2Gbps dan dua kali nod jaringan WiFi 6. Ia boleh dipesan dalam talian melalui laman web rasmi TIME dan pelanggan akan diberi ganjaran Touch ‘n Go eWallet kredit RM200.

    Selain itu, TIME juga telah berkongsi dengan media bahawa ia akan melakukan pemasangan pada hari yang sama jika pelanggan mendaftar untuk pelan baharu sebelum 10 pagi bergantung pada lokasi mereka.

    Buat masa ini, tawaran ini terhad untuk beberapa lokasi iaitu Mont Kiara, Segambut dan Desa Park City. Ini disebabkan oleh keperluan naik-taraf infrastruktur dalam dapat menampung kelajuan berkenaan. Maka, proses naik-taraf infrastruktur ini sedang dilakukan secara berperingkat.

    Ketahui lebih lanjut mengenai pelan ini di laman web TIME. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...