More

    Tingkatkan tahap fotografi anda dengan fungsi FlexCam pada Samsung Galaxy Z Flip4 5G

    Telefon pintar lipat bukan sahaja menampilkan reka bentuk yang canggih dan menarik perhatian, malah ia membenarkan pengguna untuk mendirikan telefon seperti sebuah tripod dan mengambil gambar daripada jauh, sesuatu yang tidak boleh dilakukan langsung oleh telefon pintar biasa.

    Beberapa model telefon pintar lipat sudah pun ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada waktu ini, namun hanya Samsung Galaxy Z Flip4 5G sahaja yang membenarkan anda untuk mengambil gambar dengan sudut yang menarik, terutamanya dengan ciri FlexCam. Jika anda masih tidak mengetahui tentang ciri tersebut, kami akan terangkan bagaimana ia boleh membawa fotografi dan videografi anda ke tahap yang seterusnya:

    Selamat tinggal tripod!

    Selalunya, telefon pintar konvensional memerlukan anda untuk memegangnya sewaktu mengambil gambar, ataupun ia perlu dipautkan kepada sebuah tripod jika anda ingin mengambil gambar daripada jauh. Ini adalah kerana telefon pintar tidak boleh berdiri dengan sendiri, jadi seseorang perlu sentiasa memegang telefon tersebut.

    Dengan Galaxy Z Flip4, anda tidak perlu lagi menggunakan tripod. Anda hanya perlu lipat sedikit telefon ini, kemudian ia sudah boleh didirikan di atas sebarang permukaan rata. Anda boleh lipat telefon ini pada sebarang sudut, jadi anda boleh laraskannya jika anda perlu letakkannya di atas permukaan yang senget.

    Rakam video seperti camcorder

    Merakam video dengan telefon pintar bukanlah sesuatu yang ergonomik kerana reka bentuknya yang nipis dan sukar dipegang dengan satu tangan. Dengan Galaxy Z Flip4, anda boleh lipatkan telefon ini sebanyak 90°, pegangnya dalam mod lanskap kemudian anda boleh menggunakannya seperti camcorder.

    Fungsi ini akan memudahkan anda untuk merakam video dengan lebih lama, terutamanya untuk merakam vlog atau membuat siaran langsung dalam media sosial.

    Mudahkan panggilan video

    Untuk sebuah telefon biasa, jika anda ingin membuat panggilan video, anda perlu pegang telefon tersebut pada setiap masa atau mendirikannya di sebalik dinding. Ini mungkin agak sukar dilakukan jika anda berada di kawasan luar, terutamanya jika anda tidak boleh mencari objek yang boleh mendirikan telefon.

    Dengan ciri FlexCam dalam Galaxy Z Flip4, anda boleh letakkan telefon ini di sebarang permukaan, lipat telefon ini secara separuh kemudian anda sudah boleh gunakan kamera swafoto pada skrin utama untuk menyertai panggilan video dengan mudah dan selesa.

    "
    "

    Ambil selfie dengan sudut yang lebih luas

    Jika anda ingin mengambil gambar wefie beramai-ramai dengan ahli keluarga atau rakan-rakan, anda memerlukan kamera ultra-lebar dengan sudut penglihatan yang sangat luas. Kamera swafoto dalam telefon biasa selalunya hanya mempunyai sudut sekitar 100° yang tidak cukup untuk tujuan ini.

    Untuk situasi sedemikian, anda boleh gunakan kamera ultra-lebar pada Galaxy Z Flip4 untuk pastikan semua orang boleh memasuki gambar. Anda hanya perlu lipat telefon ini secara separuh dengan kamera ultra-lebarnya menghadap ke anda, kemudian anda boleh gunakan skrin luaran di sebelah lensa untuk membantu anda mengambil wefie. Fungsi seperti ini langsung tidak boleh dilakukan oleh telefon biasa.

    Jika anda berminat untuk memiliki telefon unik ini, anda kini boleh membelinya pada harga diskaun untuk masa terhad. Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas untuk Samsung Galaxy Z Flip4 di mana anda boleh menerima diskaun sebanyak RM400 daripada harga asalnya. Anda juga akan menerima jaminan lanjutan Samsung Care+ 1 Year Extended Warranty (bernilai RM499) secara percuma dan penggantian lapisan perlindungan skrin sebanyak tiga kali.

    Promosi ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2023 sahaja. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Z Flip4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...