More

    Touch ‘n Go eWallet lancarkan GOpinjam, pinjaman peribadi serendah RM100

    Pada hari ini, Touch ‘n Go (TNG) telah mengumumkan pelancaran GOpinjam iaitu cadangan pinjaman peribadi digital inklusif yang tersedia melalui Touch ‘n Go eWallet. Ini merupakan tawaran penyelesaian pinjaman digital pertama Touch ‘n Go eWallet.

    GOpinjam menawarkan pinjaman peribadi dari serendah RM100 hingga RM10,000. Tempoh pembayaran balik adalah secara antara satu minggu hingga satu tahun tanpa bayaran tambahan bagi caj penyelesaian awal. Bakal peminjam memerlukan pendapatan bulanan minimum hanya RM800 untuk mendapatkan akses kepada GOpinjam.

    Dengan kerjasama CIMB Bank Berhad (CIMB Bank), semua pengguna (kali pertama) perlu mengemukakan sama ada slip gaji sebulan atau penyata KWSP terkini berserta maklumat asas untuk permohonan pinjaman. Mereka akan dimaklumkan pada hari bekerja keesokannya sama ada pinjaman adalah lulus ataupun tidak. Setelah diluluskan, dana tersebut akan dimasukkan ke Touch ‘n Go eWallet atau akaun bank CIMB mereka. 

    Pengguna yang pernah membuat pinjaman tidak perlu melalui proses penyerahan dokumen. CEO Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata inisiatif ini dilakukan bagi mereka yang tidak dapat memohon pinjaman kredit formal. 

    Beliau juga menambah bahawa cadangan pelaburan mikro Touch ‘n Go+ GO+ yang dilancarkan pada 2021 sudah mempunyai 2.25 juta pengguna. Pada masa yang sama, dari segi insurans, Touch ‘n Go menyumbang kepada 31% Program Baucar Perlindungan Tenang oleh Kerajaan Malaysia.

    GOpinjam kini ditawarkan kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet untuk warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Anda boleh klik di sini untuk ketahui maklumat dan kemas kini mengenai GOpinjam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...