fbpx
More

    Ulasan Blueshark R1 – Mampu milik, praktikal dan moden!

    Berkonsepkan Cyberpunk versi comel, Blueshark R1 menampilkan prestasi dan penampilan yang cukup cemerlang bagi pemanduan di bandar atau jarak perjalanan yang sederhana. Sebuah motosikal skuter merupakan sejenis motosikal yang secara tradisionalnya mempunyai ciri-ciri seperti kerangka “boleh langkah” (step-through), roda yang saiznya tidak melebihi 16 inci serta enjin yang terletak di bahagian belakang bawah penunggang.

    Untuk lebih lanjut, saya akan ulaskannya di bawah. Tetapi sebelum itu, lebih baik untuk saya menerangkan serba sedikit skuter elektrik comel ini. Dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu, Blueshark R1 mempunyai tanda harga bermula RM 7,190. Ia tersedia dengan tujuh pilihan warna iaitu biru, hitam, putih, merah jambu, coklat, beige dan hijau.

    Semasa pembelian, terdapat pakej sama ada mahu membeli bateri atau menyewa. Bagi pembelian bersama bateri, ia akan berharga RM14,600 manakala pembelian tanpa bateri akan berharga RM7,190. Walaupun pembelian tanpa bateri murah, pembeli perlu menyewa bateri serendah RM59/bulan sehingga RM139/bulan dan boleh tukar bateri pada kiosk Blueshark dengan harga RM1.95.

    Untuk pengetahuan, Blueshark R1 merupakan satu-satunya motorsikal elektrik yang mempunyai ciri tukar ganti bateri yang diluluskan oleh JPJ Malaysia. Oleh itu, Blueshark Malaysia sedang giat mengembangkan kiosk bateri bagi skuter elektrik ini terutama di stesen minyak.

    Bateri boleh tanggal!

    Di bawah adalah senarai lokasi yang terdapat kiosk tukar ganti bateri:

    Reka bentuk – Asimilasi moden dalam klasik

    Bahagian lampu hadapan

    Blueshark R1 menampilkan rekaan yang bersih, praktikal dan moden. Jika anda pernah melihat vespa, anda akan mengandaikan bahawa rekaannya seakan-seakan vespa klasik. Selama menggunakannya atas jalan raya, banyak mata memerhati mungkin kerana reka bentuknya sedikit berbeza dengan skuter konvensional dan tentunya ada muzik yang mengiringi.

    Muzik yang dimainkan datang daripada dua pembesar suara yang berada berdekatan tempat kunci melalui sambungan Bluetooth. Bermula daripada hadapan, skuter ini mempunyai lampu hadapan yang terletak pada bahagian dada manakala lampu isyarat kiri kanan terletak pada bahagian handle. Jika anda perhatikan, terdapat kamera untuk sensor ADAS (Advanced Driver Assistance Systems).

    Paparan apabila memberi lampu isyarat atau menggunakan mod MAM (Move Assist Mode)

    Bahagian belakang juga mempunyai kamera untuk undur dan memaparkan sisi kiri atau kanan ketika membuka lampu isyarat. Saya rasa begitu tertarik dengan ciri mewah yang hadir pada skuter elektrik ini. Anda boleh jumpa ciri ini pada kereta mahal seperti Audi e-Tron atau Honda e. Saya tidak mahu nampak puji melambung tetapi ia adalah sesuatu yang menarik dan jangan terperanjat kerana ia juga mempunyai ciri cruise control serta gear undur!

    Bahagian sisinya pula terdapat tempat letak kaki yang boleh disembunyikan. Mekanisme yang digunakan kelihatan kreatif dan menambahkan konsep ringkas yang ingin ditonjolkan. Anda perlu menekan pada bahagian berbentuk bujur berwarna perak dan tempat letak kaki akan keluar. Kemudian, anda perlu menekan kembali untuk menyembunyikannya.

    Selain itu, terdapat logo Blueshark dan pemegang tangan untuk penumpang. Bergerak kepada bahagian belakang, siri skuter ini menggunakan lampu belakang yang mempunyai corak berasaskan lambang Blueshark. Selain kamera, sensor juga turut diletakkan pada bahagian sisi untuk mengesan kehadiran objek di sekeliling skuter.

    Perkara yang menarik pada skuter ini adalah bahagian skrin HD IPS berukuran 10 inci yang menggunakan sistem operasi ArkRide terletak pada handle menggantikan meter jarum konvensional. Ini menambahkan lagi ciri-ciri klasik moden pada skuter yang sesuai untuk Gen Y dan Gen Z.

    Skrin HD IPS 10 inci

    Skrin “infotainment” ini memaparkan pelbagai maklumat tentang skuter seperti jarak perjalanan, kapasiti bateri, mod, lagu yang disambung melalui Bluetooth, pandangan sisi kiri dan kanan ketika memberi lampu isyarat, undur serta tetapan. Suis yang terletak pada kiri merangkumi suis lampu isyarat, hon, cruise control, tahap lampu dan lampu kecemasan.

    Suis pada bahagian kanan pula terdiri daripada suis buka tempat duduk, undur, kawalan skrin, mod, Turbo dan hidup/berhenti. Kompartmen bahagian bawah tempat duduk luas dan anda boleh meletakkan topi keledar. Jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatannya.

    Bahagian tempat duduk pula panjang dan lebar namun agak keras sedikit. Walau bagaimanapun, papan lantainya menawarkan kelebaran yang selesa untuk pengguna yang berketinggian 175cm seperti saya dan reka bentuk ergonomik menawarkan tunggangan yang selesa.

    Prestasi – Licik!

    Bermula daripada menghidupkan skuter dengan tiga pilihan cara iaitu dengan menggunakan cara keyless, aplikasi dan manual dengan mencucuk kunci fizikal. Jika menggunakan cara keyless, anda hanya perlu berada dekat dengan skuter, tunggu sehingga lampu berwarna hijau menyala dan anda boleh menekan butang hidup/berhenti. Skuter ini juga memiliki pilihan bunyi tiruan untuk menambah feel seperti naik motorsikal yang mempunyai enjin.

    Setiap permulaan perjalanan, anda perlu menekan suis hidup/berhenti dan selepas itu hanya perlu memulas pendikit untuk bergerak. Perlu diingatkan bahawa tork skuter ini agak tinggi dan anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menyesuaikan diri. Selepas menyesuaikan diri, anda akan faham karakter skuter ini yang lincah dan mudah dikawal.

    Terdapat lima mod penunggangan iaitu Eco, Comfort, Sport, Turbo dan Move Assist Mode (MAM). Untuk mod Eco, pemanduan akan dihadkan sehingga 40km/j kerana bagi mengoptimumkan bateri dan mod Comfort mempunyai kelajuan sehingga 60km/j manakala yang terakhir adalah mod Sports yang memberikan kelajuan sehingga 80km/j (paling laju saya bawa 84km/j).

    Untuk mod Turbo pula ia istimewa sedikit kerana memberikan galakan (boost) tambahan ketika memotong dan boleh memecut daripada 0-50km/j dengan 4.9 saat sahaja. Setiap mod yang digunakan akan mempengaruhi penggunaan bateri. Blueshark R1 didatangkan dengan motor 5kW yang menghasilkan tork sehingga 201Nm. Seperti yang dikatakan oleh Blueshark, skuter ini boleh berjalan sehingga 120 kilometer.

    Mengikut pengalaman, ketahanan bateri boleh berubah bergantung kepada cara pemanduan, keadaan jalan, cuaca, suhu dan berat. Untuk keselamatan ketika menunggang, saya akan menetapkan perjalanan antara 100-110 kilometer. Baki 10-20 kilometer tersebut adalah untuk berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara tidak diingini (bateri habis).

    Sepanjang hari menggunakan Blueshark R1 bermula dari Sungai Besi ke Tasik Permaisuri, Cheras dan berakhir di Putrajaya, baki bateri yang dimiliki skuter ini apabila sampai rumah adalah sekitar 10 peratus iaitu 12 kilometer. Perjalanan tersebut dalam lingkungan kira-kira 112 kilometer. Semasa perjalanan, kebanyakan masa saya menggunakan mod Sport dan Turbo untuk kuasa tambahan.

    Malangnya, data yang diperoleh tidak dapat ditunjukkan secara tangkapan skrin kerana masalah sambungan internet pada skuter melalui SIM khas. Masalah tersebut membuatkan aplikasi Blueshark tidak dapat disegerakkan bersama telefon. Gambar di atas adalah contoh penggunaan aplikasi Blueshark dalam memantau jarak, masa, laluan, lokasi, bateri, pusat servis dan kunci digital.

    R1 dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dan brek cakera hidraulik berganda dengan Sistem Brek Gabungan (CBS), jadi brek hadapan dan belakang digunakan serentak untuk kawalan hentian yang mantap. Sistem suspensi mampu menyerap bonggol dan getaran, memberikan tunggangan yang lancar dan stabil.

    Pengendalian Blueshark R1 adalah sangat mudah dan sangat sesuai kepada mereka yang ingin skuter yang ringan, mudah dikendalikan serta mesra alam. Walaupun saya terbiasa dengan pengendalian motorsikal segmen moped, namun skuter ini tidak mengecewakan saya kerana ia mudah untuk melalui antara kereta apabila berada dalam kawasan lampu isyarat.

    Bateri dan pengecasan – Mudah tetapi berat…

    Pakej jika anda membeli bersama bateri

    Dikuasakan oleh dua pek bateri fosfat besi berkapasiti tinggi untuk jumlah kapasiti 2,880Wj, ia mampu mengecas melebihi 2,000 kitaran dan seberat 11kg setiap satu. Jadi, anda perlu mengangkat 22 kilogram beban jika mahu mengecasnya secara serentak. Ini agak membebankan sedikit kepada pembeli yang duduk di perumahan flat atau kondominium. Namun, terdapat juga pengecasan terus daripada soket 3 pin melalui set wayar khas.

    Pengecasan untuk kedua-dua bateri ini mengambil masa sekitar 3.5 jam dan anda boleh menunggang sepanjang hari! Anda juga boleh menukar ganti bateri dalam pada kiosk pengecasan yang telah dinyatakan lokasinya sebelum ini. Mengikut kenyataan Blueshark Malaysia, mereka berkata bahawa 300 kiosk bateri akan dibina pada tahun hadapan.

    Soket pengecasan
    Kiosk bateri

    Kesimpulan – Sesuai untuk perjalanan bawah 100km

    Untuk sebuah skuter elektrik yang dilengkapi dengan 74 sensor, ADAS, skrin 10 inci dan penggunaan sistem keselamatan pengimbas cap jari, saya fikir ia adalah sebuah tawaran yang hebat ditambah pula dengan tanda harga yang mampu milik. Walaupun terdapat kekurangan seperti kelajuan yang terhad, sistem suspensi dan tempat duduk yang agak keras, ia boleh diterima jika anda hanya menggunakannya untuk perjalanan ulang alik pejabat atau lokasi perjalanan sekitar 100 kilometer.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X