fbpx
More

    Ulasan POCO X3 NFC – ‘Midrange killer’ dan raja telefon berpatutan

    Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan POCO X3 NFC secara rasmi di pasaran Malaysia. Telefon pintar jimat kos kelas pertengahan ini mengukir nama di hati peminat sejurus selepas pelancarannya. Adakah POCO X3 NFC berbaloi dibeli? Ketahuinya melalui ulasan ini!

    Reka bentuk – Berat dan tebal dengan logo POCO yang menarik

    Semasa kami mula-mula mendapat peranti ini, pandangan pertama kami adalah ianya berat. Jika telefon ini terjatuh di atas muka semasa anda sedang baring, anda pasti mengaduh kesakitan!

    Ya, POCO X3 NFC agak berat dan tebal. Apa yang baiknya, rekaan hujung melengkung membuatkan pengguna selesa memegangnya. Walaupun litupan belakang POCO X3 NFC diperbuat daripada plastik, tetapi ia tidak terasa seperti plastik apabila dipegang. Namun, kesan cap jari adalah lebih mudah untuk melekat.

    Apa ada dalam kotak; POCO X3 NFC, pelindung silikon, pengecas dan kabel Type-C
    Rekaan yang agak biasa sahaja, cap jari senang melekat

    Rekaan POCO X3 NFC di bahagian belakang seperti mempunyai dua jenis tekstur jika dilihat di bawah cahaya. Bahagian tengah di belakang peranti hadir dengan rekaan tekstur bergaris dengan logo POCO. Dari sudut lain, anda boleh melihat logo POCO yang menghasilkan sedikit kilauan seperti warna pelangi.

    Pada bahagian kamera belakang, POCO X3 NFC menggunakan rekaan segi empat sama, tetapi dari jauh ia kelihatan seperti bentuk bulat. Rekaan kamera belakang yang terletak di bahagian tengah peranti agak tersembul. Jadi, untuk mengelakkan daripada lensa tercalar, anda boleh memakai pelindung telefon (casing).

    Logo POCO. Jika dilihat dari sudut berlainan, boleh lihat biasan cahaya pelangi
    Bahagian kanan; butang kelantangan (volume), butang kuasa dan sensor cap jari

    Kamera hadapan POCO X3 NFC hadir dengan rekaan skrin berlubang yang terletak di tengah-tengah skrin. Walaupun saiz rekaan kamera hadapan adalah sangat kecil, tetapi ia masih boleh dilihat kerana ia berada di bahagian tengah.

    Semasa bermain game atau menonton video, sedikit sebanyak rekaan skrin berlubang ini agak mengganggu tontonan visual anda.

    Kamera belakang yang agak tersembul
    Rekaan skrin berlubang (punch hole)

    POCO X3 NFC mempunyai dua pilihan warna, Cobalt Blue dan Shadow Gray. Versi Shadow Gray yang berada di tangan kami adalah untuk pengguna yang gemar dengan warna asas. Pengguna yang gemar bergaya dan sukakan warna terang boleh memilih warna Cobalt Blue.

    Ciri teknologi dan spesifikasi – Semua spesifikasi asas yang diperlukan tersedia

    • Paparan 6.67 inci FHD+ LCD dengan rekaan skrin berlubang
    • Cipset Snapdragon 732G
    • RAM 6GB + storan 64GB/128GB
    • Empat kamera utama, 64MP (lensa utama) + 13MP (lensa ultra lebar 119°) + 2MP (lensa makro) + 2MP (lensa makro)
    • Kamera hadapan 20MP
    • 5160mAh
    • Menyokong 33W
    • Menyokong kadar segar semula 120Hz + kadar bacaan sentuhan 240Hz
    • Menyokong sensor cap jari di sisi
    • Type-C
    • Bicu audio 3.5mm
    • Pilihan warna: Cobalt Blue dan Shadow Gray

    POCO X3 NFC adalah peranti pertama yang dijana cipset Qualcomm Snapdragon 732G. Turut hadir adalah RAM 6GB + storan 64GB/128GB dan sokongan dwi-SIM.

    Pengguna yang bimbang terhadap storan yang tidak cukup boleh menambahnya melalui kad microSD.

    Boleh menyokong kad SIM dan kad microSD

    Sebagai sebuah peranti pintar yang harganya bermula di bawah RM1000, POCO X3 NFC menampilkan sokongan kadar segar semula 120Hz + kadar bacaan sentuhan 240Hz selain dari kamera quad utama 64MP.

    Pengguna boleh memilih 60Hz atau 120Hz dalam tetapan. Malangnya, tiada mod penukaran kadar segar semula secara automatik dalam tetapan.

    Jika anda mengaktifkan 120Hz, penggunaan kuasa bateri akan lebih tinggi berbanding 60Hz

    Sebagai tambahan, POCO NFC X3 juga menyediakan mod membaca Reading Mode dan Dark Mode yang disukai pengguna.

    Reading Mode memberi dua pilihan penetapan iaitu Classic dan Paper yang memaparkan skrin dengan warna yang lebih selesa untuk pandangan mata. Namun, tiada perbezaan ketara di antara kedua-dua pilihan ini.

    Tidak terdapat banyak perubahan ketara di antara mod Classic dan mod Paper. Reading Mode menghasilkan paparan yang sedikit kelabu.
    Dark Mode

    Selepas mengaktifkan Dark Mode, beberapa aplikasi seperti Facebook, YouTube atau Google akan bertukar ke mod gelap secara automatik.

    Perlu diingatkan bahawa POCO X3 NFC membenarkan anda mengubah suai sendiri masa untuk pengaktifan Dark Mode atau Reading Mode. Peranti anda akan bertukar ke Reading Mode atau Dark Mode secara automatik mengikut waktu yang anda tetapkan.

    Antara muka Type-C dan kehadiran bicu audio 3.5mm

    POCO X3 NFC menyokong dua pembesar suara stereo dan mengekalkan bicu audio 3.5mm. Kelantangan bunyi yang cukup lantang adalah baik untuk pengalaman semasa gaming. Namun, kelantangan bunyi pada tahap tertentu memberi sedikit getaran pada belakang peranti.

    Semakin lantang, semakin terasa getaran tersebut. Pengguna yang terganggu dengan getaran ini contohnya semasa gaming boleh menyambung fon telinga ke peranti. Sememangnya terdapat sedikit bunyi ‘pecah’ pada audio, tetapi kesannya tidaklah terlalu besar.

    Lensa belakang/utama
    Kiri; mod normal manakala kanan; mod anti gegaran (Anti-Shake). Pengaktifan fungsi anti gegaran merendahkan kualiti rakaman ketika dalam tempat gelap. Kami sarankan anda tidak aktifkannya pada waktu malam.
    Lensa hadapan: Menyokong ciri Beauty dan Filter

    Dari segi kamera, POCO X3 NFC hadir dengan 4 kamera utama, 64MP (lensa utama) + 13MP (lensa ultra lebar 119°) + 2MP (lensa makro) + 2MP (sensor kedalaman) dengan sokongan zum digital sehingga 10x, mod malam, anti gegaran dan rakaman slow-mo.

    Sebagai tambahan, fungsi AI membekalkan pelbagai filter dan ubah suai menarik untuk gambar anda.

    Fungsi Magic Sky

    Kami percaya bahawa pengguna peranti Xiaomi sudah sedar tentang fungsi ubah warna langit. Jadi, walaupun gambar anda tidak cantik, anda masih boleh memperbaik gambar melalui fungsi ini.

    POCO X3 NFC menyokong sensor cap jari di sisi dan sistem pengesanan wajah untuk menyahkunci. Ketika musim COVID-19 ini, pengguna pastinya sentiasa memakai pelitup muka, jadi anda boleh memilih sensor cap jari untuk menyahkunci. Kelajuan menyahkunci adalah agak pantas.

    Game Assistant
    Semasa bermain game, anda bole buka aplikasi lain seperti Facebook/WhatsApp melalui Game Assistant. Boleh juga membalas mesej.
    Terdapat efek suara seperti robot, kartun dan lain-lain

    Dalam aspek yang lain, POCO X3 NFC dilengkapi fungsi pengoptimuman game. Semasa bermain game, anda boleh menggunakan fungsi Game Assistant dengan pelbagai fungsi. Anda juga boleh membuka Facebook atau WhatsApp semasa bermain game.

    Prestasi – Antara yang terbaik untuk peranti berharga bawah RM1000

    POCO X3 NFC yang dilengkapi cipset Snapdragon 732G mencatat markah 272,695 di AnTuTu, manakala mencatat markan 2691 di ES 3.1 OpenGL dan 2503 di Vulkan.

    Untuk peranti di bawah RM1000, prestasinya agak bagus. Apa pun, markah yang dipaparkan adalah sekadar untuk rujukan anda sahaja. Apa yang penting adalah prestasi penggunaannya yang sebenar.

    Semasa bermain game Honor of Kings, POCO X3 NFC mampu untuk mengoperasikan game ini dengan baik. Walaupun kualiti grafiknya diubah suai ke tahap High (tinggi), ia tidak mengakibatkan sebarang sela masa (lag). Untuk game berskala besar seperti PUBG, kualiti grafik tertinggi juga telah ditetapkan ke frame rate tertinggi.

    Prestasi keseluruhannya adalah baik, tetapi dengan sedikit kelewatan. Kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 240Hz tidak memberikan kesan besar dalam pengalaman bermain game ini.

    Berkenaan bateri, POCO X3 NFC dilengkapi bateri 5160mAh dengan sokongan pengecasan 30W. Anda boleh mengecas sehingga 37% dalam masa 20 minit, manakala pengecasan penuh adalah selama 1 jam 15 minit. Permainan game Glory of Kings selama 15 minit hanya menggunakan kuasa bateri sebanyak 3-4%. Tambahan pula, tiada sebarang isu pemanasan terlebih pada peranti semasa kami memainkan 3 game berturut-turut.

    Sesi rakaman dan fotografi

    Bahagian terakhir dalam ulasan ini adalah rakaman dan fotografi. Keseluruhan rakaman dan fotografi melalui POCO X3 NFC adalah baik. Penghasilan warnanya juga baik.

    Semasa merakam pemandangan waktu malam, terdapat sedikit masalah kecerahan yang agak melebih dari keadaan asal, namun anda boleh mengubah suai gambar sendiri dalam mod Edit. Mod 64MP sepertinya menghasilkan gambar yang seakan sama dengan mod biasa. Agak susah untuk membezakan kualiti gambar di antara mod 64MP dan mod biasa walaupun setelah dizum.

    Mod normal: Tangkapan dalam bangunan
    Mod normal: Tangkapan dalam bangunan
    Mod normal: Tangkapan dalam bangunan
    Mod normal: Tangkapan pemandangan luar. warna yang dihasilkan agak semula jadi
    Mod normal: Tangkapan pemandangan luar
    Mod normal: Tangkapan pemandangan luar
    Ultra lebar, mod normal, zum 2x dan zum 10x
    Lensa ultra lebar: Tangkapan pemandangan luar
    Mod normal: Tangkapan pemandangan luar
    Mod normal: Tangkapan dalam bilik
    Mod 64MP
    Mod normal: Tangkapan waktu malam
    Mod normal: Tangkapan waktu malam
    Mod normal: Tangkapan waktu malam
    Mod normal: Tangkapan waktu malam
    Mod normal: Tangkapan waktu malam
    Mod normal: Tangkapan waktu malam
    Mod normal: Tangkapan waktu malam
    Mod malam: Tangkapan waktu malam
    Sebelah kiri ialah gambar menggunakan mod biasa, sebelah kanan menggunakan mod malam
    Lensa hadapan: Tangkapan dalam bilik
    Sebelah kiri menggunakan mod biasa, sebelah kanan menggunakan mod Portrait

    Kesimpulan – Peranti midrange killer + raja telefon berpatutan

    Jika POCO F2 Pro adalah flagship killer, setakat ini POCO X3 NFC dilihat sebagai midrange killer dalam industri telefon pinter kelas pertengahan. Dengan spesifikasi dan harga bermula RM899 yang ditawarkan untuk sebuah telefon pintar kelas pertengahan, ia seperti membunuh peranti kelas pertengahan lain. Prestasinya keseluruhannya sama ada untuk penggunaan harian, fotografi dan ketahanan bateri adalah baik.

    Dalam julat harga yang sama, antara pesaing POCO X3 NFC adalah realme 7 dan vivo V20 SE. Jika anda adalah pengguna yang gemar mengambil swafoto, menonton filem, sukakan rekaan ringan dan nipis, anda boleh memilih vivo V20 SE dengan lensa swafoto 32MP. Jika anda sukakan telefon bergaya yang baik untuk fotografi, anda boleh memilih realme 7. Jika anda tidak kisah tentang berat atau rekaan telefon dan suka mengambil gambar, anda boleh memilih POCO X3 NFC.

    Kesemua yang dinyatakan di atas adalah ulasan dari pandangan kami. Untuk lebih ulasan mengenai gajet terkini, nantikan melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X