More

    vivo X300 Ultra dan X300 FE rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3,299

    vivo Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan dua telefon pintar mercu baharu untuk pasaran tempatan iaitu vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE dengan fokus utama terhadap pengalaman fotografi dan videografi profesional melalui kerjasama bersama ZEISS. Pelancaran ini turut menandakan debut global pertama siri mercu pengimejan vivo di luar China menerusi vivo X300 Ultra yang hadir sebagai model paling premium dalam siri tersebut.

    vivo X300 Ultra hadir dengan sistem ZEISS Master Lenses Collection yang merangkumi lensa ultra lebar 14mm, makro 35mm dan telefoto 85mm bersama sokongan telefoto tambahan sehingga setara 400mm melalui vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra. Ia menggunakan sensor telefoto 200MP dengan OIS tahap gimbal 3°, penjejakan autofokus 60fps dalam mod snapshot serta sokongan rakaman Multi-Focal 4K 120fps 10-bit Log Video dan Dolby Vision Video.

    vivo turut melengkapkan peranti ini dengan sistem warna baharu vivo Color Science, sensor multispektral 5MP 12-channel serta sokongan ACES workflow untuk suntingan warna profesional. vivo X300 Ultra dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama Pro Imaging Chip VS1+, bateri BlueVolt 6600mAh, pengecasan 100W FlashCharge dan 40W Wireless FlashCharge.

    Paparan pula menggunakan skrin 2K ZEISS Master Color Display 6.82 inci dengan kecerahan puncak sehingga 4500 nits, manakala binaan disertakan penarafan IP68/IP69 dan pengimbas cap jari ultrasonik 3D generasi baharu. vivo turut memperkenalkan vivo SmallRig Pro Video Rig Kit sebagai aksesori videografi profesional khusus untuk X300 Ultra.

    Sementara itu, vivo X300 FE pula diposisikan sebagai telefon mercu standard dengan fokus terhadap fotografi dan penggunaan harian. Ia dilengkapi kamera utama ZEISS 50MP, telefoto ZEISS 50MP dan ultra-lebar 110° bersama sokongan telefoto setara 200mm melalui vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2. Stage Mode pula menggabungkan algoritma Telephoto Magic 2.0 dan GTR 3.0 bagi meningkatkan ketajaman imej, tona dan perincian dalam keadaan pencahayaan kompleks.

    vivo X300 FE menyokong rakaman 4K 60fps, 4K 120fps dan 8K 30fps, selain pelbagai ciri AI seperti AI Magic Move, AI Image Expander, AI Reflection Erase serta AI Erase. Ia menggunakan skrin rata 6.31 inci dengan berat hanya 191g dan ketebalan 7.99mm. Prestasi pula dijana Snapdragon 8 Gen 5 bersama sistem penyejukan VC 4005mm², bateri 6500mAh BlueVolt, pengecasan 90W FlashCharge dan wayarles 40W.

    Seperti model Ultra, X300 FE juga hadir dengan penarafan IP68/IP69, sokongan OriginOS 6, kemas kini OS selama lima tahun dan tujuh tahun kemas kini keselamatan. vivo X300 Ultra ditawarkan dalam varian 32/512GB dan 32/1TB bermula RM5,899. Tempahan kini dibuka sehingga 22 Mei 2026 dengan pelbagai tawaran termasuk rebat RM900, tripod fotografi COMAN percuma, perlindungan vivo Care serta diskaun untuk aksesori telefoto ZEISS.

    Manakala vivo X300 FE pula hadir dalam konfigurasi 24/256GB dan 24/512GB bermula RM3,299. Pelanggan yang membuat tempahan akan menerima pembesar suara JBL dan vivo Buds Pro percuma, selain penjimatan tambahan untuk pakej vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2. Selain dua telefon pintar baharu, vivo turut melancarkan jam tangan pintar vivo WATCH GT 2 pada acara yang sama.

    "
    "

    Ia menampilkan reka bentuk bezel sempit dengan kecerahan puncak 2400 nits, hayat bateri sehingga 25 hari dan kalis air 5ATM. Untuk fungsi, peranti tampil dengan pemantauan kesihatan AI, pemantauan tidur, mod sukan, kad akses NFC, alat kawalan jauh Bluetooth dan paparan navigasi Smart View. Untuk harga, Obsidian Black berharga RM499 manakala Stellar White pula RM599.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan...

    TSMC dakwa Samsung “masih bermimpi” untuk dominasi industri foundri global

    Pengerusi TSMC, C.C. Wei, menegaskan kedudukan syarikat itu dalam industri foundri global masih kukuh dan percaya pesaingnya masih belum mampu mencabar penguasaan...

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri...

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia....

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus...

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk,...

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula...

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...