More

    Windows 11 sebabkan sistem AMD menjadi perlahan

    Microsoft telah melancarkan Windows 11 pada minggu ini sebagai kemas kini terbaru daripada Microsoft untuk PC yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, pengguna yang menggunakan cipset AMD dan masih belum mengemas kini, anda dinasihatkan untuk tunggu kerana terdapat dua pepijat yang mengganggu prestasi telah dikenal pasti.

    Yang pertama ialah pepijat pada cache L3 dan meningkatkan latensi sekitar 3 kali ganda. Kebiasaannya, aplikasi yang dibuka akan menggunakan bahagian prestasi sebanyak 3-5% manakala ketika bermain game, prestasi sistem menurun sebanyak 10-15%.

    Pepijat tertentu dalam sistem AMD menghalang Windows untuk menggunakan “teras pilihan” dengan betul. Ciri ini berfungsi memberitahu sistem operasi mengenai teras yang dipilih dapat mencapai kadar yang diperlukan sesuai untuk menyelesaikan tugas.

    Aplikasi yang menggunakan teras yang sedikit akan terjejas tetapi kami tidak berapa pasti sejauh mana prestasinya menurun. AMD mengatakan bahawa kesan yang paling ketara adalah pada pemproses dengan 8 teras atau lebih dan TDP melebihi 65W.

    AMD bekerjasama dengan Microsoft untuk menyelesaikan kedua-dua masalah tersebut. Kerjasama tersebut mencari jalan penyelesaian sehingga akhir bulan ini kecuali terdapat banyak masalah pepijat.

    Oleh itu, anda dinasihatkan untuk kekal dahulu bersama Windows 10 namun kami tidak halang jika anda untuk mengemaskini kepada Windows 11. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured