More

    XChat muncul di App Store, aplikasi mesej baharu oleh Elon Musk

    Aplikasi pemesejan baharu dikenali sebagai XChat dilaporkan telah muncul di App Store dengan pelancaran rasmi dijangka berlangsung pada 17 April ini. XChat merupakan aplikasi berdiri sendiri yang dibangunkan bawah ekosistem X dan dilihat sebagai langkah terbaharu Elon Musk dalam usaha membina platform “super app” yang menggabungkan komunikasi, AI dan perkhidmatan lain dalam satu sistem.

    XChat menawarkan fungsi setaraf aplikasi pemesejan moden termasuk sokongan end-to-end encryption, panggilan audio dan video, perkongsian fail serta sembang berkumpulan. Menariknya, aplikasi ini tidak memerlukan nombor telefon untuk pendaftaran dan turut menyokong mesej yang hilang secara automatik serta fungsi menghalang tangkapan layar.

    XChat juga dilaporkan akan mengintegrasikan AI Grok bagi menambah elemen pintar dalam komunikasi harian pengguna. Namun, beberapa dakwaan yang dibuat menimbulkan persoalan khususnya berkaitan keselamatan dan privasi. Istilah “Bitcoin-style encryption” yang digunakan dikatakan mengelirukan daripada sudut teknikal selain penyenaraian di App Store menunjukkan aplikasi tersebut masih mengumpul data pengguna seperti lokasi dan kenalan.

    Setakat ini, tiada pengesahan audit keselamatan bebas dilakukan terhadap sistem perlindungan data yang digunakan. Secara keseluruhan, XChat dilihat sebagai pesaing terus kepada aplikasi seperti WhatsApp, Telegram dan Signal dengan fokus kepada integrasi AI serta ekosistem yang lebih luas. Walau bagaimanapun, tahap keselamatan sebenar serta ketelusan pengurusan data masih menjadi tanda tanya menjelang pelancaran rasmi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...