Xiaomi akan melancarkan telefon pintar baharu, Xiaomi 15 dan 15 Ultra secara global pada 2 Mac 2025 sempena Mobile World Congress (MWC) di Barcelona. Walaupun tarikh pelancaran di Malaysia masih belum diumumkan, laman Shopee Xiaomi memberi petunjuk bahawa jualan mungkin bermula pada hari yang sama pada jam 10:59 malam.
Xiaomi 15 hadir dengan skrin LTPO OLED 6.36 inci, kadar segar semula 120Hz dan cip Snapdragon 8 Elite. Bateri 5,400mAh menyokong pengecasan berwayar 90W dan tanpa wayar 50W. Sistem kameranya berjenama Leica dengan sensor utama 50MP OIS, lensa ultra-lebar 50MP dan lensa telefoto 50MP dengan zum optik 3x.
Xiaomi 15 Ultra Model Ultra pula menampilkan sensor utama 1 inci 50MP, lensa ultra-lebar 50MP, lensa telefoto 50MP dan lensa periskop 200MP. Ia memiliki skrin AMOLED 6.73 inci, kadar segar semula adaptif 120Hz dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite.
Dengan pelancaran semakin hampir, peminat Xiaomi di Malaysia pasti menantikan pengumuman rasmi mengenai harga dan ketersediaan peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Ultra serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






