More

    Xiaomi Buds 5 Pro dilancar di Malaysia: Hayat bateri 40 jam dengan teknologi AI pada RM699

    Xiaomi Buds 5 Pro membawa pengalaman audio wayarles ke tahap baharu dengan teknologi Snapdragon Sound dan Qualcomm aptX Lossless. Dengan transmisi audio berkualiti tinggi sehingga 2.1Mbps dan sistem pemandu triple-koaksial dwi-amplifier, fon telinga ini menawarkan bass mendalam, mids seimbang dan pentas bunyi yang luas.

    Dipadukan oleh pasukan Harman Golden Ear, ia menyediakan dua profil EQ profesional untuk pengalaman mendengar yang lebih baik. Selain itu, dengan pembatalan bunyi aktif (ANC) sehingga 55dB, Xiaomi Buds 5 Pro boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran untuk menghalang gangguan. Ia juga menyokong sambungan dwi-peranti, audio berdimensi peribadi dan hayat bateri sehingga 40 jam dengan sarung pengecas.

    Fon telinga ini dilengkapi dengan fungsi rakaman suara terbina dalam yang boleh diaktifkan dengan menekan butang sarung sebanyak tiga kali, menjadikannya alat yang sesuai untuk mesyuarat atau memo pantas. Selain itu, Xiaomi Buds 5 Pro menyokong terjemahan dan transkripsi AI secara langsung, membolehkan komunikasi merentas bahasa dengan mudah. Kawalan sentuhan memudahkan pengurusan muzik, panggilan, ANC dan pembantu suara manakala kawalan leret membolehkan pelarasan audio dengan lebih lancar.

    Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi Buds 5 Pro (Wi-Fi), fon telinga pertama mereka dengan sambungan Wi-Fi terus ke telefon pintar untuk pengalaman audio tanpa mengurangkan kualiti. Menggunakan teknologi Qualcomm XPAN, ia menyokong transmisi lossless 96kHz/24bit pada kelajuan 4.2Mbps untuk bunyi yang lebih jernih dan mendalam.

    Sistem tiga pemandu yang dipertingkatkan serta profil EQ yang dioptimumkan mampu memberi setiap butiran audio disampaikan dengan kejelasan maksimum. Membawa reka bentuk elegan dalam warna Translucent Black, fon telinga ini bukan sahaja menawarkan prestasi audio premium tetapi juga gaya futuristik yang mewah.

    Xiaomi Buds 5 Pro dijual pada harga RM799 dengan harga promosi pembeli terawal pada hanya RM699. Sebagai tambahan, setiap pembelian akan menerima langganan percuma Spotify Premium selama tiga bulan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured