More

    Xiaomi hasilkan pengecas USB-C 20W yang serasi dengan peranti iPhone 12, berharga ~RM24

    Baru-baru ini, Apple telah membuat keputusan untuk tidak meletakkan pengecas dan fon telinga di dalam kotak telefon siri iPhone 12 terbaru mereka. Mereka hanya menyertakan kabel USB-C ke Lightning di dalam kotak atas sebab untuk menjaga alam sekitar. Perkara ini juga akan dilakukan pada telefon model lama mereka seperti iPhone 11 dan iPhone SE 2020. Akibat keputusan ini, syarikat teknologi gergasi Xiaomi telah mengambil peluang dan menghasilkan pengecas USB-C Power Delivery (PD) yang serasi dengan siri telefon baru dari Apple ini.

    Xiaomi bekerjasama dengan syarikat ZMI untuk lancarkan pengecas 20W untuk peranti siri iPhone 12 ini. Pengecas USB-C 20W ini akan dijual pada tanda harga CNY 39 (~RM24) bermula 3 November ini di China. Harga pengecas ini adalah jauh lebih murah berbanding pengecas USB-C 20W rasmi Apple yang berharga RM99.

    Pengecas ini juga mampu untuk mengecas pantas Xiaomi 10, iPhone 11 dan juga peranti lain seperti Samsung Galaxy S10, iPad Pro dan Nintendo Switch. Pengecas ini hadir dengan warna putih dan berat 43.8g sahaja.

    Lihat artikel ini untuk pengecas jenama lain yang anda boleh beli untuk telefon iPhone 12 baru anda.

    Xiaomi sememangnya telah membuat keputusan yang bagus dengan menghasilkan pengecas iPhone 12 yang lebih murah ini. Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured