More

    Xiaomi Malaysia ingin beri 66 produk percuma sempena Hari Kemerdekaan ke-66

    Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 pada hari ini, Xiaomi Malaysia ingin menghadiahkan 66 buah produk percuma kepada para pemenang yang bertuah. Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu membeli mana-mana telefon dalam siri Redmi Note 12 di sebarang kedai Authorised Xiaomi Stores seluruh negara.

    66 produk itu terdiri daripada enam unit televisyen Xiaomi TV A2 FHD 43 inci (bernilai RM1,299) dan 60 unit tablet Redmi Pad 3GB+64GB (bernilai RM899). Peraduan ini akan berlangsung bermula hari ini (31 Ogos) sehingga 16 September 2023.

    Selepas anda membeli mana-mana telefon dalam siri Redmi Note 12 daripada kedai Xiaomi yang sah, anda harus layari laman web ini untuk mendaftarkan diri. Para pemenang akan diumumkan dalam laman Facebook Xiaomi Malaysia selepas tempoh peraduan tamat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai peraduan menarik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. Selamat Hari Merdeka!

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured