More

    Xiaomi Mini Host bakal dilancar bersama Xiaomi 13, sebagai PC desktop pertama

    Acara pelancaran Xiaomi yang dijadualkan pada 1 Disember bakal memperkenalkan pelbagai produk inovatif. Catatan Weibo di halaman rasmi Notebook Xiaomi telah mendedahkan bahawa syarikat itu juga merancang untuk mengeluarkan PC desktop baharu yang dikenali sebagai Xiaomi Mini Host.

    Walaupun Xiaomi mempunyai barisan komputer riba tetapi produk ini disebut-sebut sebagai PC desktop pertama jenama itu. Siaran Weibo tidak mendedahkan konfigurasi produk dan hanya memaparkan peranti itu sebagai “alat produktiviti tegar berprestasi tinggi” yang mempunyai reka bentuk yang menarik. 

    Kedua-dua imej promosi dan namanya mencadangkan peranti itu akan menjadi PC Mini yang mempunyai reka bentuk kotak padat seperti Mac mini.

    Satu kelebihan teras PC Mini adalah saiznya mungkin boleh dibawa ke mana-mana jika dibandingkan dengan desktop standard. Walaupun kebanyakan PC mini semasa tidak sesuai untuk beroperasi tinggi, namun PC Mini ini membawa konfigurasi yang sesuai untuk tugasan seperti gaming, menjalankan perisian berat dan tugas yang memerlukan memori tinggi.

    Kami menjangkakan PC Mini pertama Xiaomi akan menempatkan pemproses Intel tetapi konfigurasi yang tepat tidak diketahui pada masa ini. Butiran lanjut produk itu mungkin diumumkan pada 1 Disember.

    Selain daripada Xiaomi 13, syarikat itu dijangka akan mengumumkan Xiaomi Buds 4, Watch S2, penghala utama, Mi Mini Host dan ROM tersuai MIUI 14. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...