More

    Xiaomi Mini Host dilancar: Intel Core i5 Gen-12, RAM 16GB dan SSD 512GB berharga ~RM2345

    Xiaomi akhirnya telah memperkenalkan barisan produk baharunya selepas penangguhan yang terpaksa dilakukan untuk menghormati pemergian bekas pemimpin China. Selain Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro, produk yang diumumkan bersama ialah Xiaomi Mini Host.

    Ini adalah komputer desktop pertama Xiaomi dengan hanya seberat 437 gram, berukuran 112x112x38mm dan badannya diperbuat daripada aluminium berkualiti. Peranti ini dilengkapi cipset Core i5-1240P Generasi ke-12, kad grafik Intel Xe bersepadu, RAM 16GB dan storan SSD 512GB.

    Untuk bahagian penyejukan, Xiaomi menggunakan kipas yang besar dengan reka bentuk heatsink dua tiub. Ia mempunyai sambungan seperti empat port USB-A, dua port USB-C, dua port HDMI, dua port Ethernet, WiFi 6 dan sokongan Bluetooth 5.3.

    Xiaomi Mini Host akan berharga 3,699 yuan (~RM2,345) dan hadir dengan Windows 11 dengan sokogan untuk Ubuntu Linux. Buat masa ini, Xiaomi belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang ketersediannya untuk pasaran global.

    Adakah berminat untuk mencuba peranti ini jika tersedia di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured