More

    Xiaomi OpenWear Stereo dilancar di Malaysia: Fon telinga “open-ear” berharga RM599

    Xiaomi Malaysia telah melancarkan fon telinga terbuka (open-ear earbuds) Xiaomi OpenWear Stereo untuk pasaran Malaysia yang mempunyai rekaan unik untuk pemakaian selesa dalam tempoh yang lama. Ini merupakan fon telinga terbuka oleh Xiaomi untuk pasaran Malaysia.

    Fon telinga ini mempunyai rekaan ergonomik yang dibuat dengan aloi nickel-titanium yang tahan lasak, ringan (9.6 gram untuk sebelah fon telinga) dan boleh dipakai dengan pelbagai bentuk telinga. Ia turut menyokong rating kalis air dan debu IP54.

    Ia dilengkapi pemacu dinamik 17x12mm dengan pengiktirafan Hi-Res Audio dan diafragma DLC (diamond-like carbon) bagi menghasilkan kualiti audio yang jelas untuk treble, mellow dan full midrange, serta prestasi bass yang tinggi. Ia turut menyokong LHDC beresolusi tinggi dan audio HD dengan codec kependaman rendah sehingga 96kHz.

    Jika anda berada dalam situasi yang bising, fon telinga ini mempunyai AI Noise Cancellation yang mengurangkan bunyi bising sekeliling dan memastikan kualiti audio yang lebih jelas.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 7.5 jam (fon telinga sahaja) atau sehingga 38.5 jam (bersama bekas pengecas). Pengecasan selama 10 minit pula sudah cukup untuk pendengaran selama 1.5 jam.

    Untuk mengawal fungsinya, pengguna boleh menyentuh di bahagian sisi untuk mengawal mainan muzik, menjawab panggilan telefon, berinteraksi dengan pembantu suara (voice assistants) dan mengambil gambar.

    Jika anda menggunakan mana-mana peranti Xiaomi, OpenWear Stereo boleh dihubungkan dengan ekosistem Xiaomi HyperOS untuk penggunaan mudah dengan beberapa peranti serentak.

    Xiaomi OpenWear Stereo akan dijual di Malaysia pada harga RM599 dan boleh dibeli daripada laman web Xiaomi Malaysia, Shopee dan Lazada. Jika anda membelinya sebelum 22 Julai 2024, anda boleh dapatkan harga diskaun RM499 sahaja.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured