More

    Xiaomi perkenalkan kereta elektrik pertamanya – SU7 dan SU7 Max

    Dalam satu baru-baru ini, Xiaomi akhirnya memperkenalkan kereta elektrik pertamanya yang dinanti-nantikan iaitu Xiaomi SU7. Ia dihasilkan untuk segmen C yang menawarkan reka bentuk yang anggun, prestasi mengagumkan dan teknologi termaju.

    Xiaomi menyasarkan bahawa rekaan SU7 akan kekal relevan untuk sepuluh atau lima puluh tahun dari sekarang. Jadi untuk mencapai matlamat ini, Xiaomi telah mengumpulkan pasukan reka bentuk terkemuka yang terdiri daripada pakar industri daripada Mercedes-Benz dan BMW.

    Selain itu, Xiaomi turut membawa masuk Chris Bangle, pereka kereta terkenal dunia sebagai perunding untuk menambah kehalusan pada SU7. SU7 menampilkan jarak roda yang panjang (3000mm), lampu depan berbentuk titisan air dan lampu belakang berbentuk halo 2.48m.

    Menurut Xiaomi, SU7 juga sangat aerodinamik dengan pekali seret hanya 0.195 Cd yang paling rendah dalam kalangan pengeluar kenderaan. Kereta ini mempunyai ukuran panjang 4997mm, tinggi 1440mm dan lebar 1963mm. SU7 hadir dalam dua varian iaitu standard dan Max. Kereta ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu Aqua Blue, Verdant Green dan Mineral Grey.

    Varian Max menawarkan sistem pacuan semua roda dwi-motor yang memberikan 673 kuasa kuda dan masa pecutan 0-100 km/j hanya dalam 2.78 saat. Varian standard pula menawarkan sistem pacuan roda belakang motor tunggal dengan masa 5.28 saat untuk 0-100 km/j. Untuk perbatuan, varian Max mempunyai julat CLTC 800km dengan menggunakan bateri Kirin CATL 101kWh.

    Pengecasan super pantas juga boleh digunakan dengan jarak 220km diperolehi hanya dalam 5 minit dan 510km dalam 15 minit. Sistem bunyi 25 pembesar suara SU7 hadir dengan Dolby Atmos. Ia juga dilengkapi sistem Xiaomi HyperOS terbaru yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295.

    Satu lagi ciri menarik ialah mod pandu sendiri kereta yang dipanggil Xiaomi Pilot yang dikuasakan oleh dua cip Nvidia Orin-X dengan kuasa pengkomputeran 508 TOP dan 1 lidar, 3 radar, 11 kamera HD serta 12 penderia ultrasonik. Xiaomi SU7 masih menjalani ujian dan akan dilancarkan secara rasmi pada separuh pertama 2024. Butiran harga masih belum didedahkan lagi.

    Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang kereta elektrik Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured