More

    Yes 5G bakal lancarkan perkhidmatan “cloud gaming” NVIDIA GeForce NOW di Malaysia

    Dalam terus mengembangkan sambungan 5G di Malaysia, Yes by YTL Communications baru sahaja mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan perkhidmatan cloud gaming NVIDIA GeForce NOW baharu yang membolehkan perkhidmatan cloud gaming digunakan pada hampir mana-mana peranti.

    Dengan GeForce NOW, hampir kesemua jenis peranti termasuk PC, Mac, telefon, tablet, TV dan pelayar web akan diubah menjadi persediaan (setups) gaming melalui kuasa pemprosesan awan.

    Menurut Yes, pengguna perkhidmatan mendapat akses kepada game terbaharu dengan keupayaan untuk menstrim lebih 1,400 judul seperti Cyberpunk 2077, francais Assassin’s Creed, FarCry 6 serta lebih 100 game percuma untuk dimainkan termasuk Fortnite dan Genshin Impact.

    Kerjasama dengan NVIDIA boleh menghapuskan kos pendahuluan peralatan gaming dan memberikan pengalaman gaming pada bila-bila masa tidak kira tempat. Rakyat Malaysia boleh melanggan NVIDIA GeForce NOW dalam masa terdekat untuk memulakan dan menikmati cloud gaming.

    Butiran seterusnya mengenai kerjasama dan pelaksanaan platform ini di Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, anda boleh klik di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...